Monday, July 23, 2012

Update Status dalam Masjid

Assalamualaikum....

Aku bukan nak story pasal definisi teraweh ye anak2. Just nak share pengalaman aku sepanjang 17tahun aku hidup (chewah bajet muda lagi la tuhhhh).

Nak habaq mai (erkkk). dulu kalo teraweh kat masjid jer, mesti Imam akan baca surah2 panjang. At least satu malam Imam akan cuba habiskan 1 atau 2 juzuk Al-Quran. Kalau xsilap aku, surau pun macam tu. cuma bila witir je Imam akan baca surah lazim. Jadi agak lama ler proses solat sunat tu, dan biasa ramai yg akan semayang sampai rakaat ke lapan jer.

Nowadays, (ya ampun, speaking la pulokkkk) mana2 aku pergi teraweh mesti Imam baca surah lazim sahaja untuk setiap rakaat. So segera lah habislah solatnya. Tapi ada juga yg solat sampai 8 rakaat jer :) bukan mengata ye sahabat2 ku sekalian. Just nak suggest, sekali sekala merasa teraweh full kan nikmat :) lagi pun bukankah Imam dah membaca surah lazim yang pendek2 jer.


Beralih sedikit topik aku ni. malam tadi time aku teraweh kat Masjid, ramai bebudak muda aku lihat bertandang, Alhamdulillah (sama macam zaman aku sekolah dulu jugaklah). Tapi yang berbezanya, zaman aku dulu xde henpon yer. La ni aku tengok kat tangan depa sebok je menaip something kat henpon tuh. (update status pasal teraweh kot) hurmmm bukan xsuka atau apa. Lupakanlah sebentar keduniaan dalam rumah Allah. lepas solat on la balik henpon tu. Aku sendiri meninggalkan henpon dekat rumah. kalau ada yg contact sebetulnya mereka tahu aku di mana pada ketika itu.

Sama la jugak dengan sesetengah orang yang gemar update status mereka tentang mereka dah smpi masjid untuk menunaikan solat. Jika niat untuk memberitahu bahawa 'do not disturb my time with Allah' kira okla kan, tapi bagaimana kalo menimbulkan riak, pasti org aka beranggapan bahawa kamu menunjuk2 yg kamu solat. Jd hati2 lah yer kalo nak update :)

Apa jua niat kita untuk ke masjid, make sure ianya Lillahi Ta'ala ok

**(amboi ceramah pulak aku ni) apa2 pun selamat Beribadah yerrrr :)

2 comments:

Anonymous said...

canggih sekarang. handphone leh online lak tu... nasib bukan masjid ada wifi lagi... nanti ada sampai bawak pc, netbook, notebook lak..

Lasykar Langit dan Bumi said...

haha masjid tempat Lasykar semayang ni zon wi-fi hehe

biasa la, budak sekarang serba canggih... semua ber gadget

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe