Saturday, April 21, 2012

Versus TV9


Assalamualaikum

Rancangan yang baru berusia 2 minggu di kaca tv. Secara amnya aku tak tau pun konsep rancangan ni. Cuma cukup sekadar aku mengambil tahu serba sedikit jalan ceritanya. Melibatkan lima kumpulan atau kugiran tanahair berentap setiap minggu untuk merebut sejumlah wang RM200 ribu. Lima kumpulan tersebut adalah: 
Hujan, 

Black & Parallax, 

Sofazr, 

Sixth Sense, 

Go Gerilla.

Mungkin pada pendengaran pencinta muzik tanahair, penggubah, pendengar dan sapa2 jugaklah, program seperti ini merosakkan karya asal muzik. Ini adalah disebabkan setiap minggu kugiran ini ditugaskan dgn memberi nafas baru pada lagu2 yg pernah berkumandang di corong2 radio sebelum ini. Tetapi bagi aku, olahan semula itu tidak salah selagi mendapat keizinan empunya karya tersebut. Dan seharusnya diberi pujian sekiranya nafas baru tersebut telah Berjaya mengangkat semula karya tersebut.

Tugasan minggu pertama merupakan ‘Hero Malaya’ di mana karya asal seperti lagu ‘Tanya sama itu Hud Hud – Dato M Nasir’, ‘Biso Benar – Hattan’, ‘Lamunan Terhenti – Aris Ariwatan’, ‘Pada Syurga di Wajahmu – Nash’ & ‘Kau Lupa Janji – Jamal Abdillah’ diberi nafas baru. Berdasarkan tugasan ini, kugiran telah diberi kritikan membina dari juri tetap; Jennifer & Loq. Kemudian berdasarkan undian SMS peminat, dua kugiran akan berentap di atas pentas ‘live’. Battle antara dua kugiran itu seterusnya akan diadili oleh juri tetap dan ditentukan pemenangnya. Selepas selesai sesi battle, lima kugiran tersebut akan mempersembahkan tugasan yang berikutnya secara live di atas pentas.

Persoalannya di sini, berapa ramaikah yang boleh menerima konsep nafas baru atau olahan semula ini? Dan sejujurnya manakah pungundi SMS membuat pilihan kugiran, adakah berdasarkan minat terhadap kugiran itu sendiri, atau berdasarkan kreativiti yang dihasilkan kugiran tersebut. Aku sendiri tidak terkecuali memilih kugiran pilihan iaitu Hujan dan Black & Parallax.

Pada asalnya, mungkin aku memilih berdasarkan minat terhadap kugiran, tapi melihat dari aspek persembahan dan kreativiti, sememangnya dua kugiran ini menarik minat aku. Dalam dua minggu pertama ini aku simpulkan Hujanmempunyai daya kreativiti dalam olahan muzik tapi masih cuba mengekalkan melodi asal lagu. Tapi cukup menarik bagi Black & Parallax yang sebetulnya telah memberi nafas baru dari aspek muzik dan melodi bagi karya asal tugasan mereka. Mungkin anda punya pendapat yg berbeza tapi who am I to judge right? Haha Nak bg link youtube untuk setiap persembahan mereka, tp ada yg dh ditarik balik view nyer, so carik ler sendiri yer kat Youtube:

Tugasan Minggu Pertama:
Black & Parallax – Pada Syurga Di Wajahmu (best sgt2)
Hujan – Lamunan Terhenti (terbaik)
Sofazr – Tanya Sama itu Hud Hud
Sisth Sense – Kau Lupa Janji
Go Gerilla – Biso Benar

Tugasan Minggu Kedua:
Black & Parallax – Merisik Khabar (paling best)
Hujan – Toyol
Sofazr – Basikal Tua
Sisth Sense – Warisan
Go Gerilla – Mat Disko

*** kalo ada cadangan kugiran, aku cadangan masukkan kumpulan Azlan & The Typewriter J

4 comments:

Unknown said...

Black & parallex mmg mantap.. Penerimaan pendengar x sama. ada yg boleh terima nafas baru, ada jugak yg x boleh. Mcm tu jugak dgn saya, ada sesetengah lagu saya boleh terima nafas barunya dan ada juga yang x boleh terima

Lasykar Langit dan Bumi said...

Yup betol tu... tapi kelebihan yg ada pada Black Parallax ialah Taja hehe so, sebab tu kebanyakkan olahannya lain dari yang lain...

ferdinand said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ferdinand said...

Jalan2 boss...
sambil baca2 postnya....

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe