Assalamualaikum
Rancangan yang baru berusia 2 minggu di kaca tv. Secara
amnya aku tak tau pun konsep rancangan ni. Cuma cukup sekadar aku mengambil
tahu serba sedikit jalan ceritanya. Melibatkan lima kumpulan atau kugiran
tanahair berentap setiap minggu untuk merebut sejumlah wang RM200 ribu. Lima
kumpulan tersebut adalah:
Hujan,
Black & Parallax,
Sofazr,
Sixth Sense,
Go
Gerilla.
Mungkin pada pendengaran pencinta muzik tanahair, penggubah,
pendengar dan sapa2 jugaklah, program seperti ini merosakkan karya asal muzik.
Ini adalah disebabkan setiap minggu kugiran ini ditugaskan dgn memberi nafas
baru pada lagu2 yg pernah berkumandang di corong2 radio sebelum ini. Tetapi
bagi aku, olahan semula itu tidak salah selagi mendapat keizinan empunya karya
tersebut. Dan seharusnya diberi pujian sekiranya nafas baru tersebut telah
Berjaya mengangkat semula karya tersebut.
Tugasan minggu pertama merupakan ‘Hero Malaya’ di mana karya
asal seperti lagu ‘Tanya sama itu Hud Hud – Dato M Nasir’, ‘Biso Benar –
Hattan’, ‘Lamunan Terhenti – Aris Ariwatan’, ‘Pada Syurga di Wajahmu – Nash’
& ‘Kau Lupa Janji – Jamal Abdillah’ diberi nafas baru. Berdasarkan tugasan
ini, kugiran telah diberi kritikan membina dari juri tetap; Jennifer & Loq.
Kemudian berdasarkan undian SMS peminat, dua kugiran akan berentap di atas
pentas ‘live’. Battle antara dua kugiran itu seterusnya akan diadili oleh juri
tetap dan ditentukan pemenangnya. Selepas selesai sesi battle, lima kugiran
tersebut akan mempersembahkan tugasan yang berikutnya secara live di atas pentas.
Persoalannya di sini, berapa ramaikah yang boleh menerima
konsep nafas baru atau olahan semula ini? Dan sejujurnya manakah pungundi SMS
membuat pilihan kugiran, adakah berdasarkan minat terhadap kugiran itu sendiri,
atau berdasarkan kreativiti yang dihasilkan kugiran tersebut. Aku sendiri tidak
terkecuali memilih kugiran pilihan iaitu Hujan dan Black & Parallax.
Pada asalnya, mungkin aku memilih berdasarkan minat terhadap
kugiran, tapi melihat dari aspek persembahan dan kreativiti, sememangnya dua
kugiran ini menarik minat aku. Dalam dua minggu pertama ini aku simpulkan
Hujanmempunyai daya kreativiti dalam olahan muzik tapi masih cuba mengekalkan
melodi asal lagu. Tapi cukup menarik bagi Black & Parallax yang sebetulnya
telah memberi nafas baru dari aspek muzik dan melodi bagi karya asal tugasan
mereka. Mungkin anda punya pendapat yg berbeza tapi who am I to judge right?
Haha Nak bg link youtube untuk setiap persembahan mereka, tp ada yg dh ditarik balik view nyer, so carik ler sendiri yer kat Youtube:
Tugasan Minggu Pertama:
Black & Parallax – Pada Syurga Di Wajahmu (best sgt2)
Hujan – Lamunan Terhenti (terbaik)
Sofazr – Tanya Sama itu Hud Hud
Sisth Sense – Kau Lupa Janji
Go Gerilla – Biso Benar
Tugasan Minggu Kedua:
Black & Parallax – Merisik Khabar (paling best)
Hujan – Toyol
Sofazr – Basikal Tua
Sisth Sense – Warisan
Go Gerilla – Mat Disko
*** kalo ada cadangan kugiran, aku cadangan masukkan
kumpulan Azlan & The Typewriter J
4 comments:
Black & parallex mmg mantap.. Penerimaan pendengar x sama. ada yg boleh terima nafas baru, ada jugak yg x boleh. Mcm tu jugak dgn saya, ada sesetengah lagu saya boleh terima nafas barunya dan ada juga yang x boleh terima
Yup betol tu... tapi kelebihan yg ada pada Black Parallax ialah Taja hehe so, sebab tu kebanyakkan olahannya lain dari yang lain...
Jalan2 boss...
sambil baca2 postnya....
Post a Comment