Just nak share pengalaman time aku gi Penang...
1st time aku jejak kaki aku kat Pulau Mutiara ni. Bersungguh jer member aku ajak datang, tapi tiap kali dia ajak, mesti clash dengan event aku. Tapi kali ini
aku berpeluang singgah ke Penang.
Ejal nak hantar kereta ayahnya balik Penang, so balik nanti xde org teman dia naik bas katanya. so aku xkisah lah sebab aku ada event ari ahad jer. Since pergi jumaat balik sabtu, I guess no hal la kan.
Kami berangkat dari KL lewat sebab jalan jammed, ujan lebat kat area Sunway. Kul 5 baru berangkat dari umah aku. Sepanjang jalan tu aku seronok jugak tengok view, ye la, lama sangat dah xkuar dari kepompong KL- Selangor. Tengok keliling, lebih2 lagi tengok, gunung ganang, gua, hutan even air terjun (Lata Kijang kot) sang
at menenangkan.
Sampai Penang sekitar jam 8.30pm, susah payah jer ayah Ejal beli lauk untuk kitaorg makan malam. Memang penat jugaklah, so tdo awal ckit malam tuh, lagipun Ejal plan nk ajak ronda2 sekitar Pulau Pinang.
Bgn pagi, aku dijamu dengan breakfast Nasi lemak sotong & telor burung puyuh + karipap kentang, ngeeeee sangat sedap!!! Jam 9 kami berangkat menuju Pulau Pinang. Ibarat xpenah tengok jambatan pulak aku. Excited tapi diam2 sudah hehe Sepanjang keliling Pulau tu, Ejal memang betol2 jadi tourist guide keyh... ditunjuknya Pulau Jerejak, dan beberapa tempat tumpuan, juga dekat Balik Pulau, ditunjuknya tempat yg pernah dilanda tsunami 2004.
Ejal ajak berehat jap tepi pantai kat Teluk Bahang, hajat ati nak amik gambar lah katanya tapi last2 ujan plak. Cadang nak benti amik gmbr kat Batu Feringgi tapi masih ujan lebat. Teruskan je lah perjalanan sampai cerah balik kat langit tuh, kita orang singgah kat Pantai Miami (xyah gi USA yer) hehehehe minum2 jap
After that kita org singgah kat pekan Pulau Pinang, beli jeruk untuk bawa balik KL & buah Berangan untuk kunyah2 lam kereta huhuhu
sampai kat umah, ibu Ejal dah siapkan bubur lambok. perghhh memang sedap woaaaa aku makan sampai 4 kali tambah. Pastuh makan tengahari lagi, (kalau lama lagi duk cney, leh gemork aku ni hahahaha
kami berangkat pulang sekitar Jam 6 dari Butterworth. Well done Ejal, short, simple but yet the best memory in Penang. Keliling Penang within half day eh :)
No comments:
Post a Comment