Sunday, October 4, 2009

Baju Raya

Idea ni datang sebab Ahmad Fahmi yang suruh aku post... so bercadanglah aku update pasal baju raya...

Seperti kebiasaan bagi seseorang untuk mempunyai baju raya setiap tahun. Sekurang2nya ada sepasang. Dan bagi aku pulak, tak kisah pun ada ataupun tidak. Kekadang aku tak ada baju baru pun time2 raya ni. Aku masih beruntung kerana dapat beraya jika dibandingkan dengan insan2 yang lagi tak berdaya di luar sana.

Baju raya aku dijahit sendiri oleh kakak aku. Dan selalunya dijahit paling akhir sekali, sebab kakak aku perlu siapkan tempahan dari customer. Dah selalu jugak aku tak beraya dengan baju raya baru. Dan kadang2 tu kain baju raya tu aku beli tahun ni, tahun depan baru aku merasa nak memakainya. Aku tak pernah ambil kisah pun, setakat baju raya boleh saja aku selongkar almari aku (atau abang aku hehe) cari baju melayu yang lain. Masih muat pada aku (tak adanya badan aku nak membesar lagi). Even baju lama pun nampak baru jika dijaga elok2.

Aku ingat lagi zaman kanak2 dulu, kitaorang beradik mesti pakai baju raya sedondon. Best jer time tu, semua nampak sama jer. Kalau beraya ke rumah saudara mara tu, dah macam nak pergi masuk contest boria pulak haha. Tradisi tu stop bila aku masuk darjah empat kalau tak silap aku. Cuma aku, abah dengan adikku jer yang masih sedondon. Adik beradik yang lain semua memilih colour baju sendiri (maklumlah dah bekerja). But then, tahun 2004 (kalau tak silaplah) abang aku sponsor kain untuk buat baju raya. Sedondon lagi kami hehe dia pilih warna ‘peach’. Semua buat design baju melayu ‘cekak musang’ kecuali seorang je yang buat 'baju melayu Johor’ (sebab dia memang suka fesyen tu). Sorang lagi buat fesyen ala2 kemeja. Baju kami dibezakan dengan warna benang sulaman.

Bagi aku, hari raya lah peluang nak pakai baju melayu full set seharian tanpa perlu rasa pelik diperhatikan orang keliling. Best giler! Pernah aku menggayakan baju melayu dalam tempoh seminggu beraya. Kerana masa tu, setiap hari pasti ada rakanku mengajak aku beraya ke rumah kawan2 yang lain. Dan sudah semestinya turut digayakan dengan sampin hehe. Tahun ni aku pakai baju melayu yang lama lagi...

4 comments:

Xtreme_O2 said...

pasal baju raya ni, i pon bru dpt sepasang jer tahun ni! 1st time i pakai tau... hehe. Sokong 1 MALAYSIA kata org lain lah... haha. tp best gak lah, bangga lak tu! mula2 tu adalah malu2 ckit pastu ok dah. hehe

Shayne said...

hehe baju melayu memang best klu pki especially with sampin n songkok

Anonymous said...

I pakai sejam jer, pastu sarung short, melenggang kangkung depan tv.. hehe

PP

Lasykar Langit dan Bumi said...

xtreme>> okla tuh... mesti sronok kan hehe

shayne>> smart dgn full set ahaha

pp>> xde smangat raya langsung lah, melenggang kangkung jer keje nyer haha (by d way, i love sayur kangkung hahaha)

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe