Terasa berat tangan ni nak update blog ni, kurang sihat start semalam... kena demam dan sakit tekak... isk3 tapi sebab banyak post yang tertangguh bulan lepas, so gigihlah aku meng'update' blog ni... this time update pasal projek 'Kelupis Raya' kami adik beradik...
Idea ini memang dah lama timbul. Malah sebelum puasa lagi abang dan adik aku ni nak buka bisnes ni menjelang bulan puasa nanti. Nak cuba hidupkan kembali tradisi family dulu2. Aku terima jer cadangan dorang ni. Lagipun ni salah satu daripada cara melatih diri untuk berbisnes. Kira nak biasakan diri lah katakan.
So, apa itu kelupis? Kelupis ni kira adik beradik sebelah mak dengan ketupat jugak hehe bezanya? First, kelupis tidak dianyam seperti ketupat. Second, kelupis dibuat dengan pulut yang separuh masak, dibungkus dengan daun palas dan akan dikukus untuk memastikan pulut benar2 masak. Err ada jugak yang buat cara lain, kakak aku cakap masak pulut separuh masak, then rebus kelupis setelah siap dibalut. Ceh siap bagi penerangan lebih2 pulak aku.
Nak dijadikan cerita, ‘projek’ ni akan diuruskan oleh kami tiga beradik sahaja. Yang lain tak nak masuk campur sebab masing2 ada tugas masing2 nanti. Akan tetapi, last minit abang aku tarik diri dari projek sebab dia balik kampong lewat dari jadual asal. Maka, bertanyalah adik aku “akan diteruskan projek ini?” I said, “why not?” hehe
Aku dengan adik aku mula merangka plan untuk projek ni. Macam mana nak dapatkan bahan2. Abang2 ku yang lain menawarkan pertolongan untuk dapatkan daun palas dan kelapa (untuk buat santan). Kira pra-persediaan untuk projek dah settle. Then my brother came up with idea of banner, nak bagitau kat orang kampong pasal bisnes ni. Aku pun on je lah. Dia pun gigih buat banner. Another of my brother ask me, do you really want to do this business? Because he said that it will be extremely tiring during the eve. Me and my brother just being optimistic. Hope the things will work just fine.
Guess what? Petang kami gantung banner tu, terus dapat sorang customer. Alhamdulillah. 15 ikat katanya akan diambil pagi raya nanti. Hmmm berkira2 jugak aku, dapat ke tidak aku dengan adik aku buat ni hehe moga Tuhan permudahkan kerja kami. Amin.
Dan sebenarnya, kami mendapat tempahan 70 ikat. Macam sikit je kan? Mak bapaknya sikit. Petang raya tu aku tanggalkan banner raya, tak dapat bayangkan kalau ada yang pergi menempah last2 mint ni. Tengahari tu jugak aku mengupas kelapa untuk dibuat santan. Haha first time aku buat kerja ni. Tapi pengalaman itu penting.
Lepas jer berbuka, kami memulakan tugas2 kami. Kakak memasak pulut, then abang pulak dah ready nak mengagihkan pulut ke dalam daun. Adik aku pulak akan mengukur dan membungkus pulut tu. Aku pulak membantu sedikit kerja adik aku tu, tugas mengikat dan merebus kerja aku. Penat giler kerja ni, ada jugak rasa nak give up, tapi dah alang2 habiskan je lah.
Malam tu kakak aku tanak 4 periuk besar pulut. Setiap periuk kami hasilkan sekurang2nya 15 ikat kelupis. Periuk pertama dapat 15 ikat, periuk kedua dapat 20 ikat, periuk ketiga dalam 20 ikat dan last kali pun 20 ikat. Sekali lagi, memang penat. Tapi rezeki tetap masuk, Alhamdulillah.
Tahun depan macam mana pulak? Kena lebih bersedia lah ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TenTanG Aku
- Lasykar Langit dan Bumi
- I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...
No comments:
Post a Comment