Tuesday, May 28, 2013

Jom Karok

Assalamualaikum....

hehehe sonyap jer den kan. Don't worry still hidup lagi yer hehehe. Kali ni aku nak story pasal karaoke, story lain tunggu aku rajin dulu yer. Sebabnya aku baru balik dari karaoke keh3


Aku diajak geng aku kat kampung ni pergi karaoke kat tempat yang famous; Spade (aku rasa ni yang paling famous la kot). So aku join la. Ni kali kedua aku join mereka berlima (Azri, Octa, Andrew, Avee dan Daus). Aku ingatkan depa saja-saja nak karok la kan, rupanya farewell party, al-maklumlah Octa, Avee & Daus dah habis praktikal, so akan balik kampung. Tu pun aku tau lepas kita orang settle karok tadi. Maka akan sunyilah aku nanti, kekurangan teman bersukan. huwaaaaa

Ok sambung balik pasal karok. Pernah tak korang dengar jawapan ni; "Aku tak reti nyanyi lah" "Suara aku tak sedap". Okey, shut-up  bitch!! oopss. Bagi aku, setakat karok, apa perlu suara sedap, bukan ada judges pun nak komen. By the way, karok ni kira art of releasing tension apa. Lantakler pitching lari ker, suara terkehel ker, janji puas.

Next, bila kita pergi karok dengan group yang berbeza, maka selection lagu pun akan berbeza. Macam aku, aku pernah join geng yang suka nyanyi lagu mendayu2, kontrol macho, menjerit2, lagu pompuan, lagu nasyid, lagu rock kapak dan banyak lagi lah. Aku pulak jenis yang universal, layan jer lagu yang depa pasang. Cuma ada lah jugak lagu yang aku tak tau. Bak kata omputeh, go with the flow (chewah)

The best part of karok is bila nyanyi ramai-ramai. Syiokkkk wo. biasanya last songs laa. Mula-mula tu memasing tunjuk bakat terpendam, aku pun tak terkecuali hahaha

Aku ingat lagi, tempat pertama sekali aku karok dekat Sogo, bukan Redbox tapi karaoke jamban jer (karaoke kotak sopan sangat bunyi nyer hahaha). Time tu nak release tension lepas exam. Empat orang berpadat dalam bilik kecik tu, elok sangat hahaha Lepas tu selalu jugak lah pergi karok.

Tapi bila balik kampung ni jarang dah karok, sebab famili prefer karok kat rumah jer. Beli VCD karok atau download kat youtube then burn habis cerita. Aku kalau karok kat luar biasa dengan kawan-kawan je la.

Oklah. Mata dah ngantuk. Suara dah serak-serak Ramli Sarip. Masa untuk tido. Apa-apa pun, all the best my friends [Octa, Daus & Avee] Semoga terus berjaya di luar sana, amin....

Friday, April 5, 2013

Kayap Ular


Assalamualaikum



Story ni sepatutnya aku submit kat blogger bulan lepas. **perghhh ayat nak mahal jer, ko ingat ko sapa? Memandangkan tahap kerajinan aku menaip tidak meyakinkan maka aku postpone. Nasib baik postpone, kalau tak buat terus?? Apa cer??

Ok kali ni pasal pengalaman aku bersama-sama kayap. 6 Mac 2013, aku rasa sakit dada sebelah kiri. Bahu dan lengan kiri terasa penat yang teramat. Aku mula rasa pelik, sakit apa kah ini?? Takkan sakit jantung kot. Lepas mandi, ada kesan merah timbul kat badan aku. Dah kenapa pulak, panjang pulak tuh. Setel mandi aku terus online, tanya dengan incek google sakit apakah aku ini. pergi klinik kang, depa plak yang tanya aku balik "sakit apa?", makan hati dengan soalan doktor.

Maka setelah berhempas pulas membaca, maka aku telah berjaya menyimpulkan bahawa kesan merah itu adalah 'Shingles' atau dalam bahasa kita KAYAP. Berdasarkan pattern merah di badan aku ini, kayap ini adalah dari spesis kayap ular *ssssssss (bunyi ular sikit)

Kayap ni ada banyak jenis tau, ada kayap bunga, kayap api, kayap setompok dan banyak lagi lah. Kayap ular merupakan jenis yang bahaya. Orang kata kalau lingkaran bintik merah ini bertemu maka ajal lah penghidapnya. Seriau woi!!! Ada yang kena dekat leher, kat pinggang pun ada, tapi aku kena dekat dada.

Nak story panjang pasal proses kayap ni merebak macam malas plak, tapi untuk korang aku gigihkan jugaklah. Aku kan sayang korang :) Meh aku story step by step yerr.

Mula-mula rasa sakit macam kulit kena tarik, tapi takde pape pun kat kulit tuh. Tapi bila dah timbul ruam, try tekan, amboi sakitnya tak ingat! pas tu pelan2 ruam tu merebak kat badan. (certain kayap, dia merebak tak ikut pattern, tapi kayap ular, pattern dia melingkar). Bila ruam tu membesar, makin sakit plak rasa nya.


Hari ketiga aku tak tahan dah, aku pergi klinik nak pi check. Depa tak berapa sure pasal sakit aku, depa suh aku pergi poliklinik, sambil tu depa bagi panadol in case aku demam then ubat gastrik. Esoknya aku pergi poliklinik, bukan politeknik!! dan seperti yang aku jangka doktor tanya "Apa sakit??" haisshhhh nasib baik encek Google dah bagitau kat aku kena kayap. Doktor angguk kepala then suruh aku pi amik ubat. Depa bagi aku ubat sapu, Calamine Lotion, Syrup apa ntah tapi untuk hilangkan kegatalan dalaman, dan panadol kalo demam.

Sebenarnya ubat kat klinik jarang berkesan untuk sakit kayap ni. Lotion tu sekadar menyejukkan kayap, sebab bahagian ruam tu sangat panas yer. Tak pernah aku demam sebelah badan jer. Ajaib tak? memang ajaib, Giler tak ajaib?? minggu pertama dan kedua kena kayap ini amat memeritkan ye, terlentang terbaring je aku demam. Tapi sempat online oyeahhh. aku tanya encek google lagi petua kampung, sekali suggestion dia amat payah ye aku nak carik bahan2 nyer, ada yang mudah, tapi aku malas nak carik, boleh??

Selain dari tuh, aku tanya dengan famili aku gak kot2 depa tau. Abang aku rupa2 nya pernah kena, tapi kayap bunga dan tak berair macam aku. dia pergi berubat cara cina. Main tembak guna api. Mampus!! dah ler aku ni pengecut nak berubat :p Aku cari petua lain hehehehe mula2 segan plak aku nak tayang body kat rumah ni, sebab takut depa geli. Tapi kakak aku cakap kalau pakai baju sakit, tak payah pakai baju. So aku tak pakai baju lah sepanjang masa. Kalau pakai baju, rasa ngilu kena gesel dengan baju. sakit tak payah cerita la.

Pas tuh member2 aku plak sangat prihatin dengan nyawa aku, terus bagi idea. Cari minyak kayap, tapi aku tak jumpa. Petua paling susah aku nak carik bila member aku suruh cari parang atau pisau yang pernah digunakan untuk bunuh orang. Rendam pisau tu dalam air or minyak, then hasil rendaman tu sapu kat kayap. Humangaihhhh payah bebeno. Dan last kali kawan aku bawak 'Tanah Luang' dari kampung suggestion dari pakciknya. Tanah ni merupakan tempat air mata air keluar, dan kebetulan ada dekat rumah pakcik nya.

Cara mudah jer, campur sikit air kat tanah tu, then sapu kat seluruh badan yang terkena kayap. Bila kering jer tanah tu kat badan, memang kurang sikit rasa sakit. Kulit jadi tegang sikit, tapi ruam dah merebak. Automatik gudang2 air tu pecah satu persatu, tapi tak meleleh sebab tanah tu. Seminggu jugak aku pakai tanah tuh, hasilnya sangat berkesan. Semua gudang air tu pecah. Seterusnya aku perlu tunggu luka2 tu kering sendiri, jangan ngada nak kopek nanti berdarah lambat plak nak baik. Serius time stage yang sangat sakit. Sakit badan sampai aku demam lagi, dan keinginan aku yang berkobar2 nak menggaru.

Cukup tempoh sebulan, Alhamdulillah, kayap ni beransur hilang. Cuma nampak lah sikit parut nya. Mujur aku putih, tak nampak sangat parut itu. Ouchhh! Walaupun kesan luka telah kering sepenuhnya dan terkopek sendiri, tapi belum pulih lagi, masih terasa ngilu kat badan. Kena sabar lagi dan terus sabar.

Juga turut meruntun jiwa aku bila kena kayap ni kena berpantang makan pulak dah (rasa pregnant plak aku).  Tak boleh makan ayam, telur, seafood, sayur atau buah yang tumbuh menjalar dan buah yang berjalur (tembikai, timun, labu etc). Tak boleh makan makanan berminyak. Sedeyhhhhhhhhh sepanjang aku sakit, aku makan bubur kosong jer, makan roti dan jugak makan ubi. Tapi kalau rasa nak makan, boleh jer, tapi kalau gatal PADAN MUKA hahahaha

Famili sangat 'sporting' sebab time ni lah depa nak makan meriah dengan tom yam nyer, sambar belacan lah, ayam masak merah caittt sunggguhhhhhhh!

Tapi Alhamdulillah aku dah baik :)

Sekian, malas plak nak tambah story

Thursday, March 21, 2013

Awak Bukan Kawan Saya Lagi

Assalamualaikum

Sedih je bunyi tajuk post aku tu ye. Hari ni tergerak pulak jemari aku nak menaip sesuatu. Kali ini berkaitan dengan sahabat, teman or kawan.


Ada yang mendefinisikan perbezaan antara istilah ini, namun ada yang berkata semuanya sama maksud. Anda pulak bagaimana? terpulang pada pemikiran masing-masing. Bagi aku, seseorang yang benar- benar memahami kondisi diri dan persekitaran merupakan seorang teman. Teman sentiasa ada dikala suka mahupun duka. Teman juga tahu bagaimana harus bertindak atas apa yang berlaku pada kita. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah, cukuplah sekadar meringankan bebanan.

Berbeza dengan sahabat, sahabat boleh hadir dalam keadaan sukar namun tidak pada setiap masa kita memerlukannya. Sahabat menjadi panduan dalam setiap baik buruk tingkah laku kita. Sebagai tauladan dan sempadan dalam hidup kita. Manakala kawan pula mungkin hadir hanya disaat kita gembira sahaja. Kawan bukanlah harapan untuk kita menyandarkan masalah, malah belum tentu tentu dipinjamkan pundaknya kepada kita. Ini definisi aku, tapi tolong jangan ambil bulat-bulat yer, anda pasti punya pendapat yang lebih bernas.

Berbalik kepada story aku yang sebenarnya. Tidak lagi menjadi kawan. Sebenarnya aku merujuk kepada rakan Facebook. Pernahkah anda mengalami situasi ini; berkawan di Facebook lebih dari setahun, namun tak pernah berjumpa, selalu komen mengomen dan jugak like status atau gambar. Tetapi secara tetiba anda perasan YOU ARE NO LONGER HIS or HER FRIEND. Ok mungkin adabanyak sebab untuk anda atau si dia menekan button unfriend.


Pertama mungkin ada pertelingkahan antara dua pihak ini yang menjurus ke arah putusnya sahabat. Masing- masing terlalu ego untuk mengalah, maka unfriend adalah jalan penyelesaiannya. Kedua adalah salah faham; merujuk kepada campurtangan orang ketiga yang berbaur hasutan dan memporak peranda hubungan itu ataupun salah faham yang tidak disengajakan melalui status atau komen di Facebook. Ketiga SERIUS AKU TAK TAHU APA SEBABNYA KO UNFRIEND AKU. Part ni aku memang susah nak explain, sebab aku memang tak suka dijatuhkan hukuman tanpa mengetahui apa salah dan silap aku. Reason yang ketiga inilah yang sering berlaku ke atas aku.


Sebelum ni, memang aku pernah bertanya, KENAPA UNFRIEND AKU? apa silapnya? jika kita tak pernah bertegur agak tidak logik. Jika kita tidak pernah berjumpa, pun tak logik, sebelum ni ok jer. Jadi aku nak tahu KENAPA UNFRIEND AKU??? Takkan sebab aku lagi cantek dari ko?? Tapi setelah aku lali dengan perkara ni aku mula tak ambil kisah, mungkin si dia punya sebab sendiri. Aku pulak takkan terhegeh-hegeh untuk ADD dia semula. Orang dah buang kita, janganlah kita melukut lagi KAN? Cuma memang terkilan sedikit orang yang pernah kita bergurau senda HILANG begitu saja.


Itu kisah di Facebook, harap tidak berlaku di realiti kehidupan aku. Bukan aku kata takkan berlaku di dunia nyata, tapi mintak dijauhkanlah yer.

Apa-apa pun hidup kena diteruskan yer.


Sekian...................





**skema pulak ayat aku kali ni

Friday, March 8, 2013

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum


Story latest dari aku, last week ont the third of March aku telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku. kita orang kenal sejak zaman sekolah. Jemputan dia untuk ke majlis persandingannya bukan sebarang tapi amat istimewa. Begini ceritanya.

troott troott troott *bunyi message kat whatsapp (burok bebeno bunyinya)

"Salam Lan, ko mok x jadi mc time aku bsanding klk?"

My first reaction was Waaaaaaaaaaaaaaaahhhh biar betol???

terus aku bagitau dia, first time orang invite aku jadi emcee untuk majlis besar macam tu, lagi pun aku tak ada pengalam mengacara majli sebegini (pernah dulu tapi takdalah sebesar kali ini) *sila rujuk link ini. Aku tanya dan terus bertanya, kemudian aku katakan:

"boleh jak"

dia reply "Mena?" (macam terkejut jer aku setuju hahahaha)

aku balas "Asalkan famili ko tak kisah kalau aku jadi emcee"

dan dia jawab "No problem, famili aku tak kisah".

Maka bermulalah assignment aku mencari detail untuk mengacara majlis. Aku tanya maklumat untuk majlis persandingan itu nanti, berkenaan ahli keluarga kedua-dua mempelai, persiapan persandingan dan sebagainya. Text ucapan pulak aku confident cari kat internet jer miahahaha. Then aku sedaya upaya aku ingat kembali bagaimana pengacaraan dilaksanakan pada majlis-majlis yang pernah aku hadiri. Aku membuat pertemuan dengan bakal pengantin untuk berbincang lebih lanjut mengenai majlis tersebut.

Persediaan dan persiapan aku telah buat. Sejujurnya aku tak dapat tidur lena menjelang hari persandingan, ibarat aku pulak yang kahwin hahaha. Gemuruh pagi itu bermula seawal jam 8.30am bila aku telah sampai ke Dewan MUC. orang pertama yang aku jumpa adalah bapa pengantin, aku bertanyakan nama-nama orang yang terlibat pada majlis itu nanti seperti nama pembaca doa dan juga wakil pihak lelaki untuk majlis tepung tawar. Maklumat ini lambat sampai ke tangan aku kerana kerisauan perubahan pada saat- saat akhir.


Aku seterusnya lepak depan dewan, mengamati indahnya hiasan pelamin hasil kerja D'Kayangan Bridal. Sambil itu aku turut praktis membaca text, agak gentar bila pihak dewan kata tak ada stand untuk aku berdiri nanti, so terpaksa berdiri tegak macam tu jer sambil tangan pegang text pengucapan. Sedeyh!!!!!! sementara menunggu ketibaan hadirin dewan berkumandang dengan zikir memuji kebesaranNya. Alunan indah dari Suara Bahagia, Teku mengajak mengingati Allah dan RasulNya.

Satu persatu pengunjung hadir DAN kelibat sahabat aku yang lain mula menampakkan batang hidung mereka. Oleh kerana mata, dan kepala mereka meronta-ronta melihat keindahan aku, dengan kadar segera mereka dapat mengecam aku di pentas pelamin walau berada di kejauhan. Maka tersebarlah ke serata buana aku menjadi emcee untuk majlis ini, tatkala aku mula bersuara. Sebenarnya mereka tidak tahu aku menjadi emcee kecuali pengantin perempuan. Imbas kembali:

Cik Rah: "aku ada kat sibu..haha.. Hurin Husna Meriana, Mohd Shahlan Kassim, takorg pegi x esok?jom konvoi kita..hehe.. — with Nurhidayah Sharif, Syafina Carl and Mastura Nasrie."

Hurin Husna Meriana: "ok jak ku.mah, inbox ku no tepon ko lokk..."

Syafina Carl: "Aku join skali esok leh?lak konvoi sama2.."

Nor Hartini Madehi : "wooo..meriah eh.ku xpat balit..amik gamba banyak2 klak oit..ney Nurfarhana Badar sik pengilan kah?"

Nurfarhana Badar: "Huaaa..aku jelessss..ku xdpt balit :("

Cik Rah: "hoho...okeh,lak ku ambik gamba..hehe..bkambohla ngan dak Hurin Husna Meriana ngan Syafina Carl.. mohd Mohd Shahlan Kassim ko xpegi ka?"

Mohd Shahlan Kassim: "pergi.. tapi flight aku delay sikit dari kitak orang. jumpa di MUC jaklah."

-----------
huahuahua SURPRISE!!!!!!

Memang best bila menjadi sebahagian dari aturcara hari indah ini. Terima Kasih kepada Sazila & Hizbullah kerana memberi kepercayaan pada aku. Dan kepada ayahanda Sazila; Encik Mohamad, anda sangat-sangat sporting :)



Selamat berbahagia kepada pasangan pengantin dan semoga Allah terus melindungi kalian hingga hujung nyawa. Amin.

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe