hehehe sonyap jer den kan. Don't worry still hidup lagi yer hehehe. Kali ni aku nak story pasal karaoke, story lain tunggu aku rajin dulu yer. Sebabnya aku baru balik dari karaoke keh3
Ok sambung balik pasal karok. Pernah tak korang dengar jawapan ni; "Aku tak reti nyanyi lah" "Suara aku tak sedap". Okey, shut-up bitch!! oopss. Bagi aku, setakat karok, apa perlu suara sedap, bukan ada judges pun nak komen. By the way, karok ni kira art of releasing tension apa. Lantakler pitching lari ker, suara terkehel ker, janji puas.
Next, bila kita pergi karok dengan group yang berbeza, maka selection lagu pun akan berbeza. Macam aku, aku pernah join geng yang suka nyanyi lagu mendayu2, kontrol macho, menjerit2, lagu pompuan, lagu nasyid, lagu rock kapak dan banyak lagi lah. Aku pulak jenis yang universal, layan jer lagu yang depa pasang. Cuma ada lah jugak lagu yang aku tak tau. Bak kata omputeh, go with the flow (chewah)
The best part of karok is bila nyanyi ramai-ramai. Syiokkkk wo. biasanya last songs laa. Mula-mula tu memasing tunjuk bakat terpendam, aku pun tak terkecuali hahaha
Aku ingat lagi, tempat pertama sekali aku karok dekat Sogo, bukan Redbox tapi karaoke jamban jer (karaoke kotak sopan sangat bunyi nyer hahaha). Time tu nak release tension lepas exam. Empat orang berpadat dalam bilik kecik tu, elok sangat hahaha Lepas tu selalu jugak lah pergi karok.
Tapi bila balik kampung ni jarang dah karok, sebab famili prefer karok kat rumah jer. Beli VCD karok atau download kat youtube then burn habis cerita. Aku kalau karok kat luar biasa dengan kawan-kawan je la.
Oklah. Mata dah ngantuk. Suara dah serak-serak Ramli Sarip. Masa untuk tido. Apa-apa pun, all the best my friends [Octa, Daus & Avee] Semoga terus berjaya di luar sana, amin....
No comments:
Post a Comment