Wednesday, February 6, 2019

Dunia Tanpa WhatsApp

Assalamualaikum.....


Hari ni aku nak menulis mengenai whatsapp. Suatu ketika dulu lah kan, kita sering berkomunikasi menggunakan SMS atau direct call saja dengan telefon bimbit. Namun zaman kian berubah dan kita bergerak seiring dengan kemajuan tersebut. Dengan pesat aplikasi telefon pintar mengambil alih peranan komunikasi atas talian malah memudahkan urusan semasa. Contohnya; WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, etc.

Jika dulu kita begitu rajin menyusun ayat untuk dikarang pada sms, kerana setiap sms yang kita hantar bernilai 20sen seadanya. kita gunakan sebaiknya susunan perkataan. malah ketika itu, singkatan perkataan juga dimaafkan. Kini dengan wujudnya whatsapp, kita acapkali membalas pesanan ringkas, seringkas-ringkasnya. ianya lebih kepada konsep chatting berbanding dengan berbalas mesej.

Keterbiasaan ini menyebabkan kita berasa janggal untuk membalas sms seperti dahulu kala, kerana faktor kredit yang bakal ditolak untuk setiap mesej yang dihantar. Malah ada yang menganggap sms ini sangat leceh. Akan tetapi fungsi panggilan biasa tidak sepatutnya diabaikan oleh pengguna kerana rata2 daripada kita yang tidak mempunyai jaringan internet yang sama pantas. panggilan melalui whatsapp biasanya tidak jelas kedengaran kerana halangan jaringan internet. Maka panggilan secara langsung lebih bagus digunakan untuk perbualan menggunakan telefon.

Dan aku sendiri merasakan dunia telefon aku mula sunyi semenjak aku tidak menggunakan WhatsApp masuk hari ketiga kerana telefon aku rosak. Sudah aku maklumkan bahawa aku hanya boleh dihubungi melalui SMS dan panggilan biasa saja. Satu2 nya orang yang menghubungi aku sepanjang tempoh 'berkabung' ini hanyalah Ridzwan. Terima kasih sahabat. hahahaha

Ini lah punca sebenar aku menulis blog untuk kali ini hahahahaha

No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe