Wednesday, August 21, 2013

The Conjuring

Assalamualaikum....

Semalam pergi tengok wayang (lama gila tak masuk panggung). Pilih movie The Conjuring sebab tengok review bagus. Director dia James Wan, kelahiran Sarawak yer. Semestinya proud hahaha. Sapa James Wan ni? aku pun tak kenal, tapi kalau korang pernah tengok movie Saw dengan Insidious, mesti korang tau betapa awesome nya movie dia.


Ok, back to my story plak, (James tu korang boleh wiki yer). Memandangkan aku cuti, aku decide nak tengok wayang. Tak tahu nak ajak sapa, aku decide tengok sorang diri. Beli tiket wayang jam 11.30pm baru awesome! Memula masuk tu tak ramai orang. Aku rasa sekitar 10 orang jer. Bila dah dekat nak start baru ada orang lain masuk, kira 20 orang jugaklah tengok.

Nak dijadikan story, aku ni tak minat sangat tengok cerita hantu kat panggung sebab tension dengan audience lain. Ada satu group pompuan ni, masuk lambat. Dah masuk bising plak chit chat, main phone. Duduk sebelah aku plak tu, punya lah banyak seat kosong yang lain. Sekali hantu Rory muncul, menjerit kaw! Padan muka. Terus seriau depa. Part baling best bila Bathsheba terjun dari wardrobe, menangis terus ketakutan. Cam bengong jer, dah tau penakut sebok nak layan citer antu. Hampeh!!! Sudahnya tak sampai separuh citer ko dah kuar panggung hahahaa

Jalan cerita dia best, dan based on true story. Aku suka. saspen banyak dan elemen horror dia sedang2 elok, tak over pun. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang! well done James

Kuar jer dari panggung, hujan lebat. takleh nak balik dulu, terpaksa lepak kat KFC. agak2 dah lewat, redah je hujan hahaha (padahal aku nak melahap cheesy wedges)

**oh ya, review dari aku jangan percaya sangat, sila tengok sendiri

No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe