Entri pertama bulan ni. Terdetik pulak aku nak menaip pasal benda ni. (sebenarnya aku nak story benda lain, tapi abaikan dulu lah). Story ni berlaku bulan lepas kalau tak silap aku. Melibatkan ahli keluarga aku jugak.
Anak bongsu Ngah Udin dimasukkan ke wad, sebab pengsan. Aku tak boleh nak story detail apa sakit budak tu, sebab after one illness satu lagi yang menyerang. Dengan muntah darahnya, demam panasnya, sawan lagi. Memang pelik. Ngah Udin memang stay kat hospital jaga Ara@Ada. Seminggu kalau tak silap aku, Maknya pulak datang sebelah siang je. Abang yang aku sorang lagi; Alang Jai jadi driver ulang alik hantar & ambil Kakak ipar aku tu.
Ini bukan main story yang aku nak highlight. Aku just nak bagitau pasal sepanjang Ara kat hospital, sepanjang tu la dia tak jumpa kakak2 nya. What would you expect from these little kids. Yang sulung baru darjah 6. Agak2lah kan apa yang depa si kecik ni rasa bila adik depa masuk hospital? Can you ever read their minds?
Kakak aku; Ateh turun ke Kuching tolong apa2 yang patut. Anak sulung Abg Ngah nak khatam Quran, takda sapa yang bantu uruskan. So, kakak aku lah yang tolong buatkan baju untuk dia. Tolong tengok2kan budak2 kat umah selama seminggu. Dari dia la aku tahu story di sebalik story (apa ntah aku cakap ni).
Yang buat aku paling terharu, bila Ateh snap gambar. Gambar Ara kat hospital, gambar kakak2nya melawat Ara untuk pertama kalinya, gambar Ara baru keluar hospital dan paling menyentuh hati gambar ni:
|
|
|
|
V
Time Ara masih kat Hospital
Time kakak2nya datang melawat, yang sulung baru sudah Khatam Quran
Time keluar wad
**Dugaan Allah turunkan dalam pelbagai bentuk, haruslah kita bersedia menempuhinya.
No comments:
Post a Comment