Cuti Krimas ari tuh korang buat apa?? Jalan2 ka?? Aku duk
rumah jer ahad tuh. Petang cam biasa lah, sesi bola tampar. Terbaik sangat main
dari kul 5 sampai jam 9 malam. Lepas puas menampar, lepak plak kat Anwar Tomyam
kat Kampung Baru. Dengar soksek member aku kata nak gi piknik sok (hari Isnin).
So tau lah serba sikit pasal piknik ke Sungai Kedondong. Depa berkumpul kat
stesen Shell Gombak. So aku kena gi sana lah around 7 o’clock
in the morning. Konsep piknik potluck ye. **sebelum ni pun aku ada gak post
pasal piknik, sneak peek kat sini.
Al-kisah, sampai je rumah aku terus menghempas badan ke
katil, risau xsedar pagi sok. Sudahnya, lewat jugak aku bangun pukul 8!! Aduyai… Aku sms member aku pasal aku lambat
bangun, dia cakap dorang baru gerak dari Shell. So aku decide, untuk gerak sendiri
dengan housemate aku; merempit!
Apa lagi, masa untuk google la. Tapi aku xjumpa pun tempat
tuh kat google map!!! Habislah. Aku letak Batang Kali, baru jumpa (tapi tetap
xde tulis Sg Kedondong). Pas tuh aku cari guna cara biasa Google search. Jumpa lah
jugak blog2 yang berkaitan dgn sungai ni. Payah jugak nak carik.
Info yang aku
dapat:
1. Sungai Kedondong berada dekat Batang Kali.
2. Berada selepas Ulu Yam dan menuju ke arah Genting
Highland.
3. Seriously, xde signboard nak ke tempat ni. So mata kena
alert sepanjang perjalanan.
4. Ada dua jalan nak ke sana either guna laluan Rawang, atau
Batu Caves.
So, dah dapatlah sikit info. Aku pun bergerak pergi kedai
kueh hahaha xtau nak bawak apa. Aku decide bawak kueh je lah. Lepas dari tu,
kitaorg shoot trus ke sana. Dipendekkan cerita, aku guna laluan Rawang dan
sesat hahaha tapi sampai jugak ke destinasi. Memang xde signboard,
even dekat sungai tuh pun xde pintu gerbang ke apa ke yang bgtau kat situlah
Sungai Kedondong. Tapi kalau laluan batu caves. Sila guna laluan lama ke
Genting Highlands, selepas Ulu Yam, for sure korang akan jumpa tempat tu.
Sampai kat sana, member2 semua tengah bersantai. Perghhh
meriah makanan yang diaorang bawak. Ada yang berbaring, ada yang buat BBQ, ada
yang dah terjun mandi. Port dipilih memang terbaik! Aku pun apa lagi, tukar
pakaian terjun jugak. Sangat sejuk airnya, tapi layan. Untuk peringatan, tempat ni agak crowded, ramai yang datang berkunjung. beruntunglah kamu jika datang sebelah pagi, boleh reservve tempat. Kalo datang tengahri memang kena berebut tempat. So next macam biasalah,
picture time.
Sungai Kedondong, Batang Kali
Some big space to swim.
Tapi hati2 bagi yg xreti berenang, ada certain part sangat deras arusnya.
Masak BBQ
Port yang kami pilih, sangat terbaik!
dah macam kenduri kesyukuran, banyak bebeno makanan nya
Ameer, Topo, Joe, Nan, Zarul, Eina, Syuk, Fendi, Fini, Mama,Raja, Alem, Sally, Digun, Nori, Fahmi, Eiz, Khenny & Aku
p/s: time balik risau minyak moto abis tengah jalan…. Syukurlah…
3 comments:
wah..cam best je berendam nie..he..
pas mndi, makan lak..terbaek :)
seronok!
lepak dgn member2 hehehe
Ayu... tu la, dah mandi berehat jap makan, pas tuh manid lagi hehe
Azham... serius sangat seronok
Post a Comment