Alhamdulillah, serba sedikit cara permainan aku kembali sepertimana zaman Diploma aku dulu. Yang menariknya aku diajar bagaimana untuk ‘spike’ dengan betul dan mensasarkan kedudukan yang tepat. Hey, sapa sangka orang sependek aku mampu spike?? Hahahaha
Aku juga diajar bagaimana untuk bersedia menyambut bola lawan. Sekali lagi, Alhamdulillah aku mampu membaca serba sedikit gerak geri pihak lawan. Well, practice makes perfect right….
Al-kisah, hujung bulan Oktober aku dikejutkan dengan satu ajakan untuk bertanding bagi pihak kumpulan. Kataku “Biar betol????”. Agak cuak jugak aku kerana aku disuruh menjadi libero pasukan. Aku bukan risau untuk jadi libero, tapi lebih risau untuk menggantikan sesiapa di dalam pasukan aku. Maklumlah mereka lebih senior. Mungkin aku perlu biasakan diri aku dengan situasi ni.
Nak cerita panjang pasal pertandingan pun xbest sebab kitaorang kalah hehehe Tapi cukuplah untuk menimba pengalaman. Oh ya, Pertandingan tersebut anjuran UiTM Shah Alam.
No comments:
Post a Comment