Wednesday, August 31, 2011

Salam Hari Raya



Assalamualaikum.......

nak update sikit jer.. raya taun ni memang agak mencabar... aku balik petang raya...

Isnin; jam 10 pagi aku & adik aku pergi beli barang kat area chow kit... (malam tuh dh beli sikit kat Jalan TAR)... hampir jam 12 bersiaplah sikit2 kat rumah
, konon nak tido sekejap, sekali terlajak sampai jam 1.30pm... kelam kabut sikit, sebab nak gerak ke airport lagi...

Siap berpakaian lengkap baju melayu, aku dengan adik aku sangat konfiden menunggu bas, untuk pergi ke stesen komuter Kepong Sentral... dari situ, kami menuju KL Sentral, dari KL Sentral plak naik Aerobus pergi LCCT... sesampai kat airport, bergegas nk check in haha bengong jer, sebab dah setahun aku xnaik 'belon'.. tak tahu yang aku kena check in guna kiosk je, tapi aku xbawak booking id haha terpaksa check in cara manual.. the best part, semua orang dok perati jer kami beradik ke hulu hilir dgn baju melayu hehe...

Sampai kat Airport Sibu, sepupu kitaorg pulak bagitau, dia tak boleh nak fetch kitaorang... sangat last minute! terpaksa la kami naik teksi, sebab dah lambat (lambat sebab apa???? tunggu) jam 8.30pm sampai kat rumahku syurgaku... jejak je kaki ke rumah, JENG JENG JENG

terus mengadap kerja2 membuat kelupis raya... banyak tempahan yang perlu disiapkan tahun ni... jumlah tempahan 224 ikat (3 batang kelupis satu ikat)... sangat banyak, sebab abang bgtau start buat jam 2 petang, bila kita orang sampai baru siap sekitar 80 ikat... maka berjuanglah kami beradik... tahun ramai yang order, siap bertanya boleh tambah x?? for sure kitaorang jawab, tak boleh dah, sebab bahan2 cukup2 untuk yang ditempah sahaja...

Dalam pada yang sama proses klupis dibuat, kakak dengan abg semua sibuk membuat kerja2 lain, sebab xcukup kakitangan...tahun adik beradik yang bujang jer beraya, yang dah kahwin, semua beraya kat rumah mertua... sorang demi sorang customer datang mengambil tempahan sehingga lewat jam 1pagi... kami masih berjuang menenyeh klupis huhu... semua selesai jam 10 pagi (pagi raya yer) hahahaha

Alhamdulillah, setelah aku kira semua ongkos... profit yg kita dapat 2 kali ganda modal.... Syukur so pasni plan nak makan pizza hehehehe

Selamat Hari Raya semua!!!

No comments:

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe