Ini kisah pasal hati
Bukan kisah patah hati
Bukan jua pasal sepi
Ini bicara hati ke hati
Hati ini pernah dimiliki
Pernah juga hati memiliki
Pernah juga hati disakiti
Tapi hati masih tak sendiri
Dulu pernah hati mencari
Mencari dengan mata hati
Hati hati memilih hati
Bimbang hati dipermainkan hati
Namun setelah bertemu hati
Dijaga dengan sepenuh hati
Mungkin belum separuh mati
Walau hati cuba meyakini
Hati pernah mengikat janji
Hati berjanji sehidup semati
Walau hati perlu menempuhi
Rintangan datang melawan hati
Tapi kini hati sepi
Kerana hati punya hati
Bukan pada satu hati
Tapi seperti berganti hati
Hati pasrah berlalu pergi
Walau berat melepaskan hati
Cukup sudah makan hati
Hati tak mahu terus disakiti
Jagalah hati yang ada disisi
Jangan biar hati menangisi
Pimpinlah hati membentuk diri
Sekuat hati terus berdiri
Jika benar hati mencari
Tunggulah hati sembuh kembali
Jangan dipaksa hati ini
Nanti hati terus berhenti
Biar masa pulihkan hati
Biar dapatkan ketenangan hati
Izinkan hati bersama diri
Agar hati segar sendiri
Hati berlari bersama mimpi
Mimpi hati yang tidak pasti
Moga cahaya hati ditemui
Kekal menjadi si buah hati
****Hati ini untuk anda semua... boleh dipermainkan, boleh disayang, boleh dibenci, boleh dicintai boleh segala2nya...
No comments:
Post a Comment