Tahun ni, kami buat record lagi... keluar bersama anak2 buah... seperti tahun2 sebelum ni jugak (kalau anak buah balik beraya la)...
Raya kedua, sekitar jam 5 petang Anjang, Alang, Ateh, Achik (aku), Usu dan anak buah (Faiz, Apiz, Miza, Aisyah, Ayu, Mayrah) menziarah umah sahabat aku... selepas tuh pergi pulak ke rumah jiran sebelah... selepas puas berjalan, kami pergi ke pusat bandar...
Apa yang ada di pusat bandar??? ada Funfair... hahaha
orang sibuk beraya, kami sibuk ke funfair plak... hehe ye la bukan selalu dapat berlibur dengan anak buah... once a year... kita orang main langgar2 kereta, merry go round, rocket, columbus then semua permainan yang ada kat situ...
Balik dari funfair, kami tidak terus pulang ke rumah... kami ke KFC pulak hehe Ateh yang belanja huhu huge meal I guess...
Sampai di rumah kami singgah ke sebuah rumah jiran (sebab petang tadi mereka tak ada)... kat rumah pulak kami bermain UNO ramai2 ehhehe... itulah Raya Kedua Kami hehehe
Selamat Hari Raya Semua........
1 comment:
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.
Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.
Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan
raya kali ni harap lebihhhh gempak lagi.... warrrrgghhhh mmg hapening lah
Post a Comment