Nak create cerita panjang2 tapi kekeringan idea plak. Aku story simple je lah.
Al-kisah minggu lepas aku terima jemputan facebook dari Abang Eiz. 13 February 2010 ada picnic kat Kuala Kubu Bharu. Berkonsepkan ‘pot luck’ dan konvoi beramai-ramai (ada ker konvoi sorang??) ke kawasan waterfall that is Sungai Chiling.
Excited aku dengan event ni, lebih2 lagi aku bila ‘googling’ pasal waterfall ni. Memang cantik giler waterfall ni. Tapi aku terfikir pulak, nak ke sana naik apa? Bukannya aku aku ada transport. Lagi pun aku surf kat internet, tak ada public transport lalu kat sana. Stesen Kuala Kubu Bharu jer yang terdekat (tapi agak jauhlah dari kawasan air terjun).
Then aku check balik senarai sapa yang pergi. Mamalarn pergi juga, terus aku mintak no fon Mamalarn dari Digun. Aku tanyakan Mamalarn ada seat kosong lagi tak, kalau ada aku nak tumpanglah kan. Rindu sangat nak pergi adventure and mandi waterfall. Mamalarn pun tak tau lagi nak naik dengan sapa, sebab dia kata dia pun tumpang orang. Katanya, esok (Jumaat) dia bagitau aku macam mana. Mudah2an dapat, lagipun aku tak tau nak tumpang sapa dah. Nak tumpang Zain segan pulak, lagipun tak tau no fon dia, takkan nak mintak kat Digun lagi kot. (aku tak perasan Zain ada ajak tumpang dia kat facebook, sebab aku takde online lagi hari Jumaat, hehe sorry).
Jumaat (12 February), Mamalarn mesej aku instruct me untuk sampai stesen Setiawangsa 7.45 pagi. Nanti dia ambil dari sana dan terus gerak ke Restoran Jejantas kat Sungai Buloh. Yeay, hatiku dah berbunga riang.
Jam 7.30 pagi aku dah tersadai kat stesen Setiawangsa menunggu Mamalarn. Datang bersama Fairuz (selaku pemandu), kami menunggu Fazirul pulak. Kami agak lewat sedikit (sedikit ker? huhu) bergerak menuju destinasi. Kereta yang lain dah tiba awal kat Restoran Jejantas, kami masih di atas lebuhraya menuju Sungai Buloh. Last2, Zarul (kalau tak silap aku la), bagitau yang tak payah singgah Restoran Jejantas sebab kat sana ramai orang. Bertemu kat exit Rawang jer.
Dah berkumpul kat exit Rawang, semua meluncur laju ke Kuala Kubu Bharu (memang laju). Agak jauh jugaklah perjalanan tapi tak bosan sangat sebab kita orang berborak dan berkaraoke dalam kereta hehe. Sampai jer kawasan parking, aku dah excited sangat2 (bukan aku sorang yang excited). Masuk ke kawasan Sungai Chiling kami terus tapak perkhemahan. Kemudian pergi mendaftar nama untuk trekking ke kawasan air terjun. Bayaran RM1 bagi yang naik ke atas (yang stay kat bawah tak dikenakan fee). Kalau nak camping pulak RM5 semalam (kata Mamalarn lah).
Seterusnya, biar gambar yang bercerita ok (^_^);
Perkarangan Sungai Chilling (Tempat Register & Tapak Khemah)
Jambatan menghubungkan trekking trail dengan tempat register
Antara crossing yang perlu ditempuh untuk sampai ke atas
Ikan2 di sini tak boleh ditangkap tau, kalau rasa nak kena denda RM10 000, silakan ;p
Dan betapa cantik, segar, sejuk dan indahnya ciptaan Tuhan; Subhanallah
Apalagi, enjoylah puas2 bermandi manda
Dah puas mandi, makanlah pulak, meriah jer aku tengok makanan dorang ni
p/s: nak tengok lagi, pergilah sendiri. Tak rugi pergi sini, tapi jangan pergi time hujan, bahaya sangat2.
Memory best yang pasti aku takkan lupa sampai bila.
2 comments:
^_^ tak ajak PP pown!
la ada announce kat facebook kot....
xper2, next time Lasykar ajak k....
klu boley nak wat camping lak weeee
Post a Comment