“Thank you for calling Tunku Abdul Rahman College. Please enter the extension number, or press 0 for operator assistance”
427……
“Hello”
“May I speak to Mrs Lai”
“Yes, speaking. Is this regarding the examination attendant?”
“Yes. I would like to know details of this job”
Dan perbualan itu terus berlarutan beberapa minit seterusnya. Setelah mendapat maklumat yang aku perlukan, aku berkongsi dengan Manz dan Ina. Setelah persetujuan dicapai, esoknya kami bertiga menuju ke Tunku Abdul Rahman (TAR) College.
Sesampainya kami di sana, bertanyalah kami kepada ‘Pak Guard’ di pintu depan, di mana letaknya ‘Examination Division’. Dengan penuh hemahnya, kami diberitahu tempat itu terletak di Blok A. Terus kami beranjak ke sana, tingkat satu kami disuruh mengisi borang dan menghantar sekali 2 salinan kad pengenalan diri.
“Jika permohonan anda Berjaya, kami akan hubungi selewat-lewatnya 6 haribulan nanti”
Angguk saja dari kami bertiga.
-------------------------------------------------------
Mungkin berkat doa dari insan2 tersayang, kami bertiga diterima menjadi ‘Exam Attendant’. Bermula tugas kami pada 14 Januari 2010 dan bakal berakhir hujung bulan Januari.
Kerjanya tak susah sangat, cuma penat sedikit. Tapi banyak pengalaman yang kami dapat. Dengan karenah student2 yang seribu satu, termasuklah perangai pensyarah2 di situ.
No comments:
Post a Comment