Thursday, September 3, 2009

Kad Raya

Satu perkara yang aku selalu buat zaman dahulu kala... jarang aku buat dah sekarang, cuma tahun lepas aku ada buat balik... menulis dan mengirim kad raya...

Kalau zaman dulu, aku, kakak dengan adik aku memang bersaing secara sihat kumpul sapa yang paling banyak dapat kad raya... selalunya akulah yang menang... hahaha penuh lah dinding rumah tu dengan hiasan kad raya yang bergantung tu... sampai sekarang aku masih simpan semua kad raya aku tu (dari zaman sekolah rendah tu)...

Aku masuk diploma jer aku dah kurang memberi dan menerima kad raya... maklumlah busy dengan pelajaran... satu lagi sebab tak tahu alamat surat menyurat kengkawan... dulu time sekolah post by hand jer....

Bila aku ingat balik pasal kad raya ni, macam2 pattern ada... tapi yang common gambar ketupat la, ada yang gambar kartun dan macam2 lagi... makin zaman berlalu makin pelbagai plak design... ada yang besar, ada yang kecik, ada yang panjang... the funniest thing time tu, nak bagi kad raya pun pilih orang... kalau orang tu ok, bagi kad raya cantik2... tapi selalunya kad raya yang mahal (kadang2 siap ada muzik tu), diberi kepada orang yang istimewa...

Dalam kad raya tu pulak, ada yang suka tulis simple, ada gak yang suka merapu... panjang jer cerita (kalau lama tak jumpa no hal, ni jiran jer kot)... ayat2 favourite dalam kad raya;

Apa khabar? puasa ke hari ni... tak puasa tak boleh raya... hehe
Macam mana dengan persiapan raya tahun ni??
Baju raya berapa pasang??
Raya nanti datanglah ke rumah ye....
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin (ucapan paling common walaupun kat dalam kad tu memang dah tulis huhuhu)

Pantun yang tak lapuk:
Pecah Kaca
Pecah Gelas,
Habis Baca
Harap Balas

Apakah tahun ni aku nak mula bagi kad lagi? ye lah zaman sekarang dah moden... hantar e-card jer from internet... kalau tak pun sms ker, mms ker... jimat katanyer... tapi bagi aku, jimat tak jimat itu lain cerita... kad raya is something different for me... appreciation tu tinggi sikit hehe (tapi biasa sekarang pun bersaing dengan kakak aku sapa paling banyak dapat sms raya hahahaha)

2 comments:

Anonymous said...

kad raya sesuatu yg ada sentimental value....klu dapat kad raya seronok2...huhu..

xde sape nk bg

Lasykar Langit dan Bumi said...

hehe
nak kad raya ker? aku leh bg... sebab aku memang cdg nk kirim kad raya taun ni... so far baru bg ngn sepuloh org... huhu
meh bg alamat... nanti aku send...
serius ni, xmain2...

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe