Friday, August 28, 2009

Tadarus Al-Quran


Ramadhan tiba, terus aku teringat zaman bulan puasa aku di kampung sana.... banyak kenangan yang tak boleh aku lupa.... dan ada jugak benda yang aku jarang dapat laksanakan lagi sekarang... boleh, tapi memerlukan komitmen yang tinggi... antaranya bertadarus al-Quran....

Dulu aku selalu mengikuti tadarus dekat surau atau pun masjid.... seronok sangat... (masa tu memang dijanjikan upah.. duit raya lah tu)... dan aku ingat lagi, pernah aku bertadarus di surau kampung aku dan seluruh kampung dengar (pakai mikrofon) hehehe.... tapi ada juga sesetengah dari kami yang sekadar membaca ala kadar... sebab nak dapat duit dan makan jer...

Lepas habis jer solat sunat terawih, kami pun bersedia nak baca Quran... dan selalunya satu malam, sekurang2nya aku membaca satu mukasurat atau sehelai al-Quran.... kami (budak2) diletakkan dalam satu kelompok untuk membaca al-Quran... kadang2 ada pemeriksa bacaan akan mendengar kami membaca al-Quran.... (aku ingat lagi muka pakcik sampai sekarang)... aku bila bab baca Quran ni, aku tak pernah nak pandang ringan, seblehnya aku nak bacaan aku betul dan tepat... (mungkin lepas ni aku nak benar2 faham maksud al-Quran pulak)

Selalunya, pada setiap malam, satu juzuk al-Quran akan dihabiskan.... bermaksud 30 juzuk untuk 30 hari... (tak juga....) konsep yang diamalkan di surau kami (pada ketika itu lah)... sekurang2nya satu juzuk dihabiskan pada satu malam... kalau jumlah ahli tadarus ramai, maka lebih dari satu juzuk lah untuk malam itu.... selalunya, tadarus al-Quran ini akan berakhir pada hari ke 25 puasa (more or less lah)....

Seingat aku, aku pernah turut serta tadarus sebanyak 4 kali sahaja... sekali di surau kampung ku, 2 kali di masjid An-Nur, dan sekali lagi bersama teman2 sekolah ku.... bila lah agaknya aku dapat merasa bertadarus lagi di bulan puasa ni....

p/s: tadarus ni bukan ngaji Quran sorg2 k.... ada orang dengar dan cek bacaan kita... kira cam ngaji sama2 & ramai2....

2 comments:

Anonymous said...

bagusnya bertadarus...teruskan amal jika ada kelapangan.....

;-)

Lasykar Langit dan Bumi said...

tu lah... bila aku dh bmastautin balik kat kpg... memang aku join balik tadarus ni... rin lah pulak

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe