Lasykar Langit dan Bumi
Santaplah selagi termampu... Dengan mata, telinga dan hatimu...
Saturday, July 24, 2021
Haseen Dillruba
Sunday, June 27, 2021
Vaksin
Assalamualaikum. Lebih dari setahun aku tak menulis di blog ni. Hari ini aku tergerak untuk menaip semula pendapat aku.
Seperti yang kita sedia maklum dunia sekarang dihantui pandemik Covid19. Virus yang bukan kaleng2 ancaman nya. Seluruh dunia bakal mati sebab nya. 2020 berlalu dengan sangat kosong tidak seperti yang kita rancang & dijanjikan. Berdoa semoga 2021 menjanjikan keindahan.
Sinar dah menampakkan samar cahaya tika vaksin mula dicanang2. Aku tidak berharap langsung untuk jadi yang terawal untuk menerima suntikan vaksin bukan kerana aku seorang antivaksin, tetapi; aku seorang yang bukan sihat fizikal sepenuhnya & aku tak suka dengan suntikan atau lebih tepat phobia pada jarum suntikan. Malah dikalangan kami adik beradik aku adalah orang terakhir yang mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin.
Vaksin pfizer merupakan yang pertama diperkenalkan untuk Malaysia. Sejujurnya aku tak berminat ambil tahu sebab aku tahu golongan frontliners lebih memerlukan. Aku hanya rajin membaca update semasa di media sosial termasuk dengan artikel2 yang menyakitkan hati bila ada golongan yang mementingkan diri dengan mendahulukan diri mereka sehingga sanggup 'memotong giliran' orang lain. Semoga jahanam kehidupanmu.
Vaksin Sinovac hadir untuk rakyat Malaysia, masih aku tidak mahu ambil tahu sebab masih ramai frontliners luar sana yang belum mendapat suntikan. Even pekerja yang setiap berdepan debgan orang ramai pun masih belum mendapat vaksin apatah lagi kami yang bekerja sendiri.
Orang pertama yang menerima suntikan vaksin dari family kami adalah bapa ku. 1 may dos pertama 30 May dos kedua. Untuk kami yang lain sunyi sepi tanpa berita. Sekali lagi aku ulang aku tidak pernah kisah jika kami rakyat marhaen belum 'naik nama'.
Seawal minggu ini (21 Jun) kami dihulurkan cahaya harapan untuk menerima vaksin. Masjid Annur dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (untuk kampung sekitarnya - I'll assumed). Tanggapan aku berasaskan dengan urusan meminta senarai nama penghuni rumah aku untuk menerima vaksin. Aku serahkan nama kami seramai 9 orang.
Hari pertama tiada panggilan, hari kedua juga begitu. Hari ketiga kami makin berharap, aku yang tidak pernah menyemak status vaksin di MySejahtera tetiba menjadi akrab dengan Apps tersebut. Berharap mendapat notifikasi. Aku makin hampa bila di kiri kanan ku orang update mereka sudah mendapat vaksin. Semua yang update adalah mereka yang sekampung dengan ku. Kecewa dan sumpah aku sangat kecewa. Hari ini hari terakhir pemberian vaksin bertempat di Masjid. Jangan beri harapan!!!!
Friday, February 8, 2019
Sekumpulan Manusia Sunyi
Hidup tanpa WhatsApp mengajar aku erti sunyi
KRING KRING!!!!
"Hello?" jawapan kepada soalan.....
"Ko sik baca sms ku tek ka?" soalan seterusnya yang perlu aku jawab dalam keadaan kelopak mataku yang masih terkumat kamit mamai.
"Ko kat siney tok, jom lepak McD, ada dak Sand, Mimi, Emie ngan Samsul sitok" aku terus diasak dengan soalan & ajakan ibarat artis yang dihulurkan dengan seribu pertanyaan wartawan.
"Okey" Jawab ku mudah (kadang jawapan sebegini agak menjengkelkan hahahaha)
Rupanya Kelab Lonely mengajak aku lepak, kerana risau aku terus dibelenggu kemurungan (perasan diri terlalu bernilai). Tanpa terkesan dengan tidur ku yang tiada kesudahan tadi, aku terus bersiap mengenakan pakaian yang ku rasakan ringkas & kacak di mataku hahahahahanat. Dalam keadaan yang tidak gopoh & gocoh aku terus mengambil kunci pacuan dua roda aku dan menuju ke pusat bandar.
Aku tiba di McD menyaksikan ahli kelab lonely yang sudah kenyang sebelum aku (demnnnnn). Aku terus beratur membeli makanan untuk kunyahan aku nanti ketika agenda yang bakal dibentangkan oleh presiden kelah; Samsul. Aku terfikir sejenak apa hanat sangat ramai orang malam ni pergi McD, ibarat seluruh pelusuk Sibu menghantui McD. Adakah mereka juga lonely? hahahahaha
Aku duduk semeja sambil menikmati Fish o Fillet & mendengar hujah yang diceritakan oleh manusia sunyi (celoteh sebetulnya). Ada gelak ketawa di situ namun tiada bunyi tangisan kedengaran, apakah mungkin mereka tidak sunyi lagi?? hahahaha Jika berseorangan itu dipanggil Lonely, apa pulak panggilan untuk sekumpulan manusia yang Lonely bertemu semeja? Loneliness hahahhahaa
Selepas puas mengerjakan makanan & minuman di McD, kami bercadangan untuk melawat tapak kawasan
Wednesday, February 6, 2019
Dunia Tanpa WhatsApp
Hari ni aku nak menulis mengenai whatsapp. Suatu ketika dulu lah kan, kita sering berkomunikasi menggunakan SMS atau direct call saja dengan telefon bimbit. Namun zaman kian berubah dan kita bergerak seiring dengan kemajuan tersebut. Dengan pesat aplikasi telefon pintar mengambil alih peranan komunikasi atas talian malah memudahkan urusan semasa. Contohnya; WhatsApp, Telegram, WeChat, Line, etc.
Jika dulu kita begitu rajin menyusun ayat untuk dikarang pada sms, kerana setiap sms yang kita hantar bernilai 20sen seadanya. kita gunakan sebaiknya susunan perkataan. malah ketika itu, singkatan perkataan juga dimaafkan. Kini dengan wujudnya whatsapp, kita acapkali membalas pesanan ringkas, seringkas-ringkasnya. ianya lebih kepada konsep chatting berbanding dengan berbalas mesej.
Keterbiasaan ini menyebabkan kita berasa janggal untuk membalas sms seperti dahulu kala, kerana faktor kredit yang bakal ditolak untuk setiap mesej yang dihantar. Malah ada yang menganggap sms ini sangat leceh. Akan tetapi fungsi panggilan biasa tidak sepatutnya diabaikan oleh pengguna kerana rata2 daripada kita yang tidak mempunyai jaringan internet yang sama pantas. panggilan melalui whatsapp biasanya tidak jelas kedengaran kerana halangan jaringan internet. Maka panggilan secara langsung lebih bagus digunakan untuk perbualan menggunakan telefon.
Dan aku sendiri merasakan dunia telefon aku mula sunyi semenjak aku tidak menggunakan WhatsApp masuk hari ketiga kerana telefon aku rosak. Sudah aku maklumkan bahawa aku hanya boleh dihubungi melalui SMS dan panggilan biasa saja. Satu2 nya orang yang menghubungi aku sepanjang tempoh 'berkabung' ini hanyalah Ridzwan. Terima kasih sahabat. hahahaha
Ini lah punca sebenar aku menulis blog untuk kali ini hahahahaha
TenTanG Aku
- Lasykar Langit dan Bumi
- I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...