Monday, December 21, 2009

Bukan Nama Sebenar 3


12 November 2009

Jam 5.15 petang. Double kill!!! Owning… Triple Kill!!!!!!!!!!!! (bunyi game Dota yang aku main)

Trutttttttttt trutttttttttt (vibrate kuat yang memaksa aku mengangkat phone)

“Hello, boleh saya bercakap dengan encik Asyfar Rizal?” (asyik2 dialog ni)

“Ye, Rizal yang bercakap”. Sambil tangan dan mata aku masih pada Dota.

“Minggu lepas encik ada pergi temuduga di syarikat kami. Dengan sukacitanya kami maklumkan anda telah diterima bekerja di syarikat kami. Congratulations”. Aku mendengar, tapi tidak sedikit pun aku teruja. Entah mengapa dan kenapa.

“Oh, terima kasih”. Agak bersahaja.

“Esok encik dikehendaki melapor diri. Sila bawa buku nota dan stationaries”.

“Nota dan stationaries, ok. Jam berapa perlu saya hadir?”.

“Esok jam 9.30 pagi. Terus berurusan dengan Miss Ain ya”.

“Oh, ok”.

“Sekali lagi, congratulations. See you tomorrow”.

“Thanks, sure”.

Aku dah dapat kerja. Macam tak percaya. Tapi sikit pun aku tak excited. Sungguh sesuatu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

13 November 2009

Jam 7.10 pagi aku berdepan dengan diriku. Ok atau tidak penampilan aku pada hari pertama ini. Hmmm tukar kemeja. Aku pilih kemeja biru putih (my favorite one of course). Baju dah dipilih. Tali leher pulak. Aku ambil tali leher warna merah (tak punya pilihan sebenarnya). Kemudian aku gayakan pelbagai fesyen rambut. Macam mana yang sesuai aku pun tidak pasti. Mencuba semua gaya, aku memlih untuk mengenakan gaya rambut ala2 vokalis kumpulan Hujan. Setelah lama menonton diri di kaca cermin bilik. Aku mengangguk tersenyum. Melangkah aku penuh keyakinan untuk ke pejabat.

Berjalan kaki menuju ke stesen LRT. Terasa sedikit janggal, kerana kebiasaan aku pergi ke kelas, tapi hari ini ke pejabat. Harus untuk aku biasakan diri. Ah, aku tidak suka menaiki tren dikala pagi begini, pasti sesak. Belum aku sampai ke stesen komuter lagi. Mesti lagi menyesakkan. Sudah pasti aku terlambat kerana komuter delay pulak, memang sakit hati.

Aku sampai pejabat 5 minit lewat. (prestasi hari pertama yang agak buruk)

Tersenyum aku melihat sebentar ke arah gadis ‘robot’.

“Selamat pagi. Miss Ain ada?”.

“Sebentar”. Melalui intercom gadis tersebut menghubungi Miss Ain (sudah pasti dengan gaya suara yang telah dirakam dan dimain berulangkali)

3 minit kemudian

“Hai Rizal, mari masuk ke bilik mesyuarat”.

Aku hanya membalas senyuman manis Cik Ain dan menurut.

“Silakan duduk”. Aku dipelawa duduk berdepan dengan seorang gadis.

“Terima kasih”. Ada 4 orang di dalam bilik mesyuarat

“Hari ini kita akan membincangkan benefit yang company sediakan kepada pekerja. Serba sedikit tentang scope kerja awak. Tapi sebelum itu, sila perkenalkan diri dan latarbelakang”.

“Saya mula dulu ye”. Gadis tadi cepat bersuara. Aku dan cik Ain tersenyum mengangguk.

Maka berterusanlah sesi ice breaking antara kami berdua. Dia Wawa dan aku Rizal. Bicara kami seterusnya tentang faedah yang kami dapat bekerja di sini. Mula2 mereka menyuruh kami senaraikan faedah2 yang kami fikirkan company wajar berikan pada setiap pekerja. Selepas itu baru mereka maklumkan kepada kami apa yang ada dan tiada.

Pertama, annual bonus (gaji 1 atau 2 bulan) akan diberikan pada annual dinner (Raya Puasa atau Chinese New Year). Kedua, annual leave sebanyak 14 hari tetapi tidak boleh di carry forward ke tahun berikutnya. Must be apply at least 3 days early. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh Cik Ain dan Natalie. Akan tetapi, no medical claims? Or cost of hospitalization untuk pekerja company. Semua akan ditanggung sendiri oleh staff (maybe cut-cost sebab ekonomi kot).

Itu pasal benefits, next up pasal kerja kami. Agak banyak soalan yang kami terima mengenai investment. Bagi aku, serba sedikit familiar, tapi tidak pada Wawa (mungkin sebab latarbelakang kami yang berbeza kot).

“Sebelum memulakan tugas2 anda di office, kami akan beri latihan dahulu, sekurang2nya 5 hari”. Terang Miss Ain kepada kami.

“Hari ini merupakan hari pertama untuk training kamu. Jadi sebarang masalah atau pertanyaan jangan malu2, ajukan saja”. Sampuk Miss Natalie. Aku dan Wawa mengangguk.

Maka bermulalah ‘perjalanan’ aku sebagai employee (mungkin juga bagi Wawa).

------------------------------------------------------------

P/s: dah benti pun... company tipu rupa2nyer.... malang tol nasib haku ni... keje almost sebulan tp xdpt gaji

Thursday, December 17, 2009

1431 Hijrah


Assalamualaikum wbt......

Dalam masa setahun ni, banyak sangat perkara yang berlaku pada aku. Ada ketika, aku mampu berdiri teguh, setelah jatuh tersungkur. Kadangkala aku girang sehingga aku lupa dunia, memang wajarlah aku disembam ke tanah.

Namun inilah pengalaman aku, dugaan demi dugaan. Tapi aku tahu, semua itu untuk aku hapuskan dosa2 kecil yang pernah aku lakukan.

Ada beberapa jam lagi nak tukar tahun, so di sini, Mr Lasykar nak ucapkan,

Salam Maal Hijrah

Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah swt. dan semoga tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih membahagiakan kita dunia dan akhirat. Amin...

Satu Muharram detik permulaan
Pengiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

p/s: teringat zaman join nasyid dulu2, I miss that moment

Saturday, December 12, 2009

Bukan Nama Sebenar 2


5 November 2009

Aku baru teringat exam aku memakan masa 3 jam. Aduh habis la aku macam ni.

Trutttttttttttt trutttttttttttttt

“Hello, boleh saya bercakap dengan Miss Ain?”

“Siapa di talian? Dan atas urusan apa?”

“Oh ya, saya Rizal, saya call atas urusan temuduga”. (gugup aku sebentar)

“ok, sebentar ya”. (dihibur aku lagi dengan muzik latarbelakang)

“Ya, boleh saya bantu?” (adoi, terkejut lagi aku)

“Saya Rizal, hari ni saya ada temuduga dengan cik. Tapi saya tidak dapat hadir pukul 2. Masih ada urusan di kolej. Boleh saya anjakkan temuduga saya ke pukul 3 petang?”

“Boleh jer. Encik tahu alamat syarikat kami?”

“err, tahu dekat Midvalley kan?”

“a’a, nanti apa2 hal encik boleh hubungi kami ya”.

“ok, terima kasih” (fuh, lega..)

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kelajuan tahap zebra aku tidak mampu mempercepatkan perjalanan KTM yang agak ‘bersopan santun’. Aku lewat tiba ke company CF. kira2 lambat 10minit. Namun aku gagah juga melangkah masuk ke perkarangan office mereka.

Afternoon, can I help you sir?” (Tanya gadis counter itu)

“Saya ada temuduga dengan Miss Ain”. Gadis itu memerhati sekeping nota kecil di bahagian mejanya. Kemudian mengangguk padaku, membawa aku ke computer terdekat.

“Ok, sila lengkapkan borang peribadi yang tertera di skrin computer ini. Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada saya”. (mak ai, dah macam robot pulak perempuan ni bercakap, ibarat suara yang dirakam dan dimainkan semula)

Ketek ketek ketek (bunyi aku menaip, pantas kononnya, tapi asyik menekan backspace sebab silap ejaan)

Aku dengan gigih mengisi semua maklumat yang diperlukan. Aduh, paling aku tak suka mengisi ruangan working experience. Bukan tiada, tapi kesemuanya singkat2 belaka. Maklumlah kerja hanya sebagai part-timer. Sekadar mengisi masa yang kosong. Tulis je lah mana yang patut (menaip yang sebetulnya). Ada maklumat ahli keluarga juga. Nama, hubungan, pekerjaan, gaji dan no telefon. (Aik? GAJI? Mana la aku tau). Aku hentam jer bahagian gaji2 tu. Bukannya aku pernah ambil kisah pasal gaji beradik aku pun. Selesai sudah, aku menyerahkan tugas seterusnya kepada gadis tadi.

“Encik ada bawa resume, salinan2 sijil dan IC?”

“Ada”. Sambil aku menyerahkan kepadanya semua dokumen aku itu.

“Dipersilakan duduk, sementara menunggu untuk ditemuduga ya”.

“Terima kasih”. Sambil benakku ligat berputar memikirkan kemungkinan soalan2 yang bakal ditanya oleh panel nanti. Should I speak Malay, or just use English? Macam2 yang aku fikirkan. Teringat pulak aku dengan sesi ‘mocking interview’ bersama Madam Shazra dulu.

“Encik Rizal, sila masuk ke bilik temuduga”. Aku tersenyum mengangguk. (Gementar sebenarnya)

Hi, afternoon. Please come in and have a sit”. (kena speaking la ni)

Hi, afternoon to you too. Thank you”.

My name is Esther. I’m here to assist Miss Ain to conduct this interview. She still in discussion with other staff”. (nampak comel jer Miss Esther ni).

Oh I see”. Sekadar berbasi basa

So, tell me about yourself Mr Rizal”.

Alright. Named Asyfar Rizal. Previous study Diploma in Public Admin, then further in Business & Entrepreneuer Development” (bla bla bla bla).

Why do choose the admin side compare to business; such as marketing or sales?” (wah, hebat nyer soalan minah ni)

I know some people think that administration is not challenging enough compare to marketing or sales. But the admin side can help or assist in providing adequate information to other department. Admin is like the backbone of the company, I want to be part of that”. (Cis, apa lah yang aku merapu)

Nice. What is your greatest strength?” (Yes, soalan ramalan dah keluar)

I would say presentation skill. I love presentation and explain to other people. I will try my best to educate people until they understand the message that I want to deliver” (semangat jer aku bercerita).

Interesting, most of people hate and afraid of presentation, but you seem so enthusiastic about it”. Aku hanya mampu tersenyum.

Sesi soal jawab berlarutan sekitar 15 hingga 20 minit. Setiap soalan aku jawab dengan penuh keyakinan. Yang penting ‘Confident to the Max’!

Okay Mr Rizal, we will contact you within one week time if you suitable candidate for the post

Sure, then”.

Thank you for coming. I do believe you have the possibility to get this job”.

You’re welcome. Glad to hear that, thanks”.

Berakhir sudah episode hari ini. Yang pasti aku puas dengan performance aku sewaktu interview tadi. Dapat atau tidak, aku tidak peduli, yang penting kepuasan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: bersambung lagi.... (^_^)

Thursday, December 10, 2009

Filem Seram Tapi Lucu


Kalau version english mesti orang fikir cerita scary movie. Tapi kali aku nak cerita pasal filem melayu. Baru sat tadi aku pergi menonton filem 'Santau'. Sememangnya cerita2 begini agak klise dan mudah untuk di agak jalan cerita nya. Ada 2 benda yang nak aku discuss.


Pertama, aku tak suka tengok cerita ni sebab sepanjang aku duduk dalam panggung tu, orang gelak jer tiap kali pelakon2 tu kena 'attack' dek hantu2 cerita tu. Bukankah mereka sepatutnya terkejut atau menjerit? Tapi, most of the time mereka ketawa. (err aku pun join gelak huhuhu)


Kedua, apa yang ingin filem ini sampaikan adalah kisah benar masyarakat kita. Dengki dan iri hati dengan orang lain walaupun seagama dan sebangsa. Ada saja cara untuk mereka menjatuhkan orang lain. Filem ini aku kesian dengan pasangan suami isteri tu, bukan jahat pun. Ada rezeki mereka bersedekah, tapi itu pun ada jugak yang tak puas hati. (chewah, cakap macam ada pengalaman terkena jer)


Apa2 pun tak nak komen lebih2 sebab aku bukan seorang yang suka mengkritik (kerna aku tak suka dikritik hwa3). dari 5 bintang aku bagi 3 bintang jer untuk filem ni. Apalagi, pi lah tengok, best ker tak. Jangan percaya bulat2 cerita aku hahaha

Wednesday, December 9, 2009

Bukan Nama Sebenar


4 November 2009

Should I call or shouldn’t I? hmm, well it’s not hurt to give a try right. 03-2282xxxx (tit tit tit, bunyi punat telefon aku tekan)

(trutttt trutttt, truttt truttt)

Hello, afternoon. How may I help you?” (suara permpuan)

Er, hello, I would like to know about the vacancy that you post in The Star today”.

“Boleh saya tahu, nama siapa yang tertulis dekat iklan tu?” (ceh, tau bahasa Melayu rupa2nya minah ni).

“Puan Aishah”. Jawabku ringkas.

“Sebentar ya”. Kedengaran muzik mengiringi penantian aku di gagang telefon.

“Hello, boleh saya bantu? Nama encik?” (opocot, terkejut aku dengan tetiba jer).

“Saya Asyfar Rizal (bukan nama sebenar). Saya nak tahu maklumat lanjut tentang jawatan kosong di syarikat ni, company ni kat mana ek? Dan deal with what kind of business?” seraya itu juga aku bertanya.

Company ni beroperasi di Midvalley. Deal with financing services. Encik nak apply untuk jawatan yang mana satu?”.

Admin Executive”.

“Ok, boleh saya dapatkan no encik untuk memudahkan kami menghubungi encik?”

Sure why not. 012-8499xxx”.(tuttt……………………………………….. talian putus pulak, duit syiling aku dah habis, aduyai)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trutttttt truttttttttttt (menjerit meminta untuk di angkat)

“Hello”

“Boleh saya bercakap dengan encik Rizal?”

“Macam mana kalau saya cakap tak boleh (hanya di mindaku). Ye saya bercakap”.

“Saya dari Convenient Fake Sdn Bhd (bukan nama sebenar juga). Tadi encik ada menghubungi syarikat kami kan?”

“Oh ya, ada2. Maaflah, tadi line tak berapa elok”. (ceh, lagi nak berselindung)

“Hm ok, encik boleh datang temuduga esok?”

“Esok? Pukul berapa tu, pagi saya ada hal”. (aduh, nak mintak kerja pun aku ngada2, sah2 tak dapat)

“Pukul 2 petang, encik Rizal terus berurusan dengan Miss Ain nanti”.

“Ok, boleh saya dapatkan alamat lengkap company ni?”

“unit 2, tingkat 21, tower B, northpoint midvalley city”.

“Ok, terima kasih”. (err ada temuduga esok petang, pagi tu pulak aku ada final examination, memang hebatlah)

---------------------------------------------------------------------------

p/s: bersambung....

Tuesday, December 8, 2009

Aku dan Dia Saja



Lately, my life was so challenging. Sometimes I almost give up. Berat sangat2 yang aku rasakan. Bukan aku tak mampu, Cuma aku tak jangkakan ia akan menimpaku. Namun aku pasti mencari jalan yang terbaik untuk ‘meneutralkan’ kembali keadaan aku.

Salah satunya mencari seseorang untuk aku luahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Sekiranya tiada siapa yang sudi mendengarnya, pasti aku bermonolog sendirian dalam duniaku yang sepi. Adakalanya aku menangis sendiri kerna berat beban yang aku pikul sendiri. Kesudahannya aku tetap redha, kerna aku sentiasa yakin akan ujian Allah ke atas diri aku. Pasti ada hikmah, ya ada hikmah.

Raya Qurban yang lepas aku tidak pulang ke kampung kerana cuti yang terlalu pendek, dan juga masalah kewangan yang paling selalu menyempitkan aku. Thanks kepada Manz kerana sudi menemani aku sepanjang ‘percutian’ itu. I really push myself to release my tense to the max. lepas solat Jumaat hari tersebut. Kami bercadang jalan2 ke Carrefour. Dah puas ‘window shopping’ kami menuju ke Wangsa Walk, sebab aku tak pernah sampai lagi ke sana. Tertiba aku terlihat ‘Superstar’, terdetik aku untuk masuk ke sana, dan Manz juga bersetuju.

Oh ya, terlupa pulak ‘Superstar’ tu merupakan tempat karaoke dekat Wangsa Walk. Terasa lama dah aku tak melalak. Teringin nak menjerit semahunya. Yang pasti kami memang berpuas hati dengan semua lagu yang kami nyanyikan, seperti nak menambah jam untuk karaoke lagi. Tapi cukuplah satu jam sahaja kerana risau suara akan lari meninggalkan kami pulak nanti huhu

Selepas ‘menyumbangkan’ suara. Kami bergerak ke V2. Cyber cafĂ© di kawasan tempat tinggal aku. Aku ajak Manz untuk bermain game Left 4 Dead (lebih kurang seperti Counter Strike, tapi lebih kepada Zombie characters). Manz kali pertama bermain games ini agak kekok tetapi dia suka. Haha memang puas aku melepaskan tension aku dengan berlaku ‘kejam’ ke atas zombie2 tersebut. Sekali lagi aku berterima kasih kepada Manz kerana ada bersama aku. Yeay! We rock our world!!

TenTanG Aku

My photo
I declare myself as an Observer; I love to watch the 'actor' in the real world... Their characters obviously different from one to another... Then I usually questioning myself, do I look like just like them? Maybe I just can't fit to voice what I feel inside, but this is the place where my fingers start to dance (variety dance styles), dance with the musics created by my mind... if I can't reach the stars above us, just let the stars shinning in my page... Here I am a 'lasykar', fight for myself...

ViSiT ViA Da LiNe