Thursday, July 30, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum.....


Laa ni aku tetiba excited bila ternampak satu update kat facebook 'tangan terasa nak berblog semula....' ayat seterunya aku malas nak copy paste, jari aku penat. boleh cenggitu? hahahahah


Kenapa aku excited? sebabnya blog penulis yang membuat aku berkobar2 nak online untuk buka dashboard blogger ni. Ternanti2 akan update dari penulis setiap hari. Bagi aku, penulisan sangat mencuit hati aku, malah aku cemburu betapa penulis mengutamakan penggunakan bahasa yang tertib walaupun tidak formal berbanding aku yang suka mencampur aduk bahasa. Pernah aku bertanya pada penulis, jawabnya mudah "...sebab aku cintakan bahasa..." aku tersenyum dengan jawapan tersebut.

Bila mengingatkan zaman dulu2, di blogger inilah bermulanya perkenalan aku dengan penulis, kemudian chatting menggunakan yahoo messenger. adakala rasa stress yang aku alami dulu terubat dengan membaca karya penulis, paling tidak mampu buat aku tersenyum sendiri ketika membacanya.



Dari situlah aku bermula rajin meluahkan rasa hati di blog sekiranya ada tekanan yang menimpa aku. Aku jarang meluahkan masalah aku secara lisan kepada orang lain. aku lebih gemar bermonolog, menulis dan pada ketika itu blog adalah teman tatkala aku bersedih. pada masa itu aku langsung tak peduli apa itu follower, yang aku tahu aku menulis isi hati aku.


***tetiba emosional plak... caitttttt! by the way semoga Penulis kembali aktif berblogging ya. bak katanya kipas susah nak mati hahahaha Indeed!

No comments:

Post a Comment

KriTiK