Monday, January 9, 2012

Warkah Epal

Assalamualaikum

Memulakan bicara dengan maaf. Maaf sebab lambat coretkan warkah ini dan buat kamu tertunggu. Maaf juga jika aku pernah meberi harapan padamu. Dan maaf juga jika kehadiran aku hanya menambah kelukaan dalam hidupmu.


Tempoh perkenalan kita tidaklah sesingkat mana, tidak jugak berabad lamanya. Tapi bicara kita ibarat sudah lama bersama, sudah acapkali bersua. Aku luahkan rasa hati tanpa segan silu, tanpa ada rasa sangsi. Yang ada ada hanya yakin dan juga percaya.

Apa yang pada dirimu yang mampu membuatku yakin dan percaya, aku pun tak tahu. Tapi sejujurnya aku katakan, aku bukanlah terbaik untuk sesiapa. Untuk dirimu selayaknya, ada insan lain yang lebih berhak. Aku tak mahu kisah kita lahir atas dasar simpati, itu bukan kemahuanku, itu aku pasti. Aku merasa senang dengan candamu, tapi aku risau canda itu membuahkan harapan. harapan yang belum tentu aku mampu tunaikan.

Sudah lama aku tidak kirimkan khabar di telefon bimbitmu, bukan aku lupa jauh sekali untuk membuang. Aku takut menyemai harapan dan mengecewakan. Cukuplah kutatap coretanmu di laman sesawang itu, biar ku nanti  di ruang chat, namun tak kunjung juga. Aku rindu saat kita berborak dan bercanda.

18 Disember 2011 - "aku rindu kamu la timun, please jangan lama2 tinggal aku lagi huhu. wanna for missing you sum more. why you being like this. let me being missed. please be here, please be my nite and days huhu aku geram dalam rindukanmu" ~ Aku tersentuh, tapi tak mampu menghulurkan memori indah buatmu. Tidak mungkin aku mahu melihat insan yang aku sayang terluka kerana aku.

Jika terbaca olehmu warkah ini, aku mohon maaf atas kekhilafan ku.


No comments:

Post a Comment

KriTiK