Sunday, December 25, 2011

Perginya Seorang Hamba


Assalamualaikum…

Hari ni aku dikejutkan dengan satu berita kematian. Walapun bukan saudara terdekat aku yang pergi, namun tetap saudara Islam kepadaku.

Semalam aku tak online Facebook, aku tido awal. Pagi tadi sekitar jam 10 pagi (kalau xsilap lah), aku baru online. Terbaca status sahabat baik aku; “Sekelip Mata… Tiada – Al-Fatihah”. Hati aku kuat untuk terus membaca komen selanjutnya. Ada di antara komen yang inform bahawa ayah beliau telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Sayu seketika bila membayangkan (kerana aku pernah berada di situasi sedemikian). How I wish aku ada kat sisi teman aku dikala ini. Pasti aku mampu menenangkannya. Maafkan aku kerana terlalu jauh. Hanya doa yang mampu aku kirimkan.

Semoga kalian sekeluarga sentiasa tabah di atas dugaan yang Allah berikan.

Al-Fatihah.




p/s: sampai saat kita pasti pergi jua...

No comments:

Post a Comment

KriTiK