Thursday, March 18, 2010

Cherating

kalau ikutkan aku bercuti ke Cherating pada bulan April, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa mengawalkan percutian aku ni.

perjalanan percutian aku dan Manz bermula bila selasa aku menelefon ke Impiana Cherating Resort. Setelah book tempat, aku dan just prepare barang yang patut kami bawa...
(almaklumlah aku ni bukan yang pernah bercuti2 Malaysia)... Percutian kali ni selama 3 hari 2 malam...

jam 7.30 pagi aku dan Manz berangkat dari rumah menaiki Metrobus menuju ke Pekeliling... 2 tiket bas ke Kuantan telah aku beli... kami bakal menaiki 'Bulan Restu'...
Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam setengah... Seperti kebiasaan habit aku bila menaiki bas jarak jauh ni, tidur sebaik saja bas mula bergerak....
sampai di Kuantan sekitar 1 tengahari... mencari tempat makan sebentar dan membeli apa2 yang patut... Pukul 2 kami menaiki Bas Mira (last destination Kemaman)...
sepanjang perjalanan mata begitu awas kerana tidak mahu terlepas destinasi kami; Cherating... Manz di sebelah aku sungguh lena beradu ciss sungguh...
memakan masa lebih dari yang aku jangkakan. kami tiba lewat; sekitar jam 4.30 petang.

Check-in dan kami ditempatkan bilik no 109, menghadap Laut China Selatan (padahal semua bilik sama kot ahaha)... bilik yang menarik, aku suka tapi Manz kata tak seperti yang dijangkakan...
selepas semua barangan kami, aku mengajak Manz jalan sekitar resort... tengok apa yang ada, event apa yang kami boleh lakukan... setelah mengkaji apa yang ada, aku dan Manz meneruskan aktiviti yang seterusnya; 'floating in the air'
balik ke rumah dengan kepenatan perjalanan jauh, kami tidur di katil yang empuk... hehe malam tu bangun sekejap, merayau melihat keadaan sekeliling pada waktu malam...
nak online tapi line internet malam tu problem plak... cancel dan balik bilik...

Bangun pada hari berikutnya aku dan Manz keluar dari kawasan resort untuk membeli makanan (tak sanggup nak abiskan duit makan kat cafe situ hehe)...
dah puas 'membeli belah' kami kembali ke resort untuk bersantapan... sekitar jam 2 kami turun kawasan pool, bukan untuk mandi kolam hehe...
aktiviti pertama kami, bermain bola tampar pantai... berhenti sekejap sebab hujan (main congkak sat)... pas tu kita orang sambung semula dan diikuti sesi tangkap gambar lagi...
selepas snapshot, kami mencuba larian berhalang... penat giler wei... dan apa lagi mandi laut ler (walaupun ombak kuat)...

balik kepenatan kami bersantap seketika, jam 10 kami melayari internet dekat kawasan lobi... sampai kul 2 pagi aku ajak Manz lepak tepi pantai...
menikmati desir ombak pantai, angin bayu dan bintang2 dilangit... lepak sampai 5 pagi... balik bilik dan kemblai berjalan pesisir pantai jam 7...
sunrise memang cantik, tapi ibarat tengok sunset pulak... jam 8 kami main bola tampar lagi... jam 9 mandi kolam... dan jam 11 bersiap untuk balik...

bagi pengalaman pertama ni memang berharga... selepas ni akan ku rancang percutian yang seterusnya.... hehe

3 comments:

  1. bercuti 2 orang jer ker..
    x dpt imagine lg bentuk pantai dia cmane,,

    ReplyDelete
  2. " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya

    Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
    Salam dari kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    lama sungguh tak ziarah blog ni
    Sorry ye...ape pun aku tetap ingat kat blog kamu ni....

    weeeehhh best nya gi cherating ni....aku pernah gi sekali aje.... kat situ... pastu naik atas sikit gi kijal

    ReplyDelete
  3. a'a 2 org jer...

    percubaan pertama gi bercuti2 camni... hehe

    ReplyDelete

KriTiK